[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul

2 hours ago 2

Video tular memaparkan seorang remaja perempuan dikasari teman lelakinya di tepi jalan nyata mengundang rasa kurang senang ramai. Rakaman yang tersebar luas di laman Instagram itu memperlihatkan pasangan muda berkenaan bertengkar sebelum si lelaki bertindak kasar terhadap gadis terbabit.

Gadis Tampil Mohon Henti Kecaman

Lebih mengejutkan, selepas video berkenaan menjadi bualan hangat dan menerima pelbagai kecaman, gadis tersebut tampil membuat kenyataan bahawa mereka sudah pun berbaik. Malah, dia meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap teman lelakinya.

Selebriti Turut Bersuarakan Pendapat

Namun, kenyataan itu tidak serta-merta meredakan kemarahan warga maya. Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan kecewa, menyifatkan tindakan memaafkan perlakuan kasar sebagai sesuatu yang membimbangkan, apatah lagi melibatkan pasangan yang masih muda.

Antara yang turut bersuara adalah pelakon versatil, Umie Aida yang menulis ringkas tetapi pedas, “Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Bodoh, begitu ceritanya.” Komen tersebut meraih ribuan tanda suka dan disokong ramai yang bersetuju dengan pandangannya.

Tidak ketinggalan, Fasha Sandha juga meluahkan kebimbangan sebagai seorang wanita. Tulisnya, “Eh? sebelum kahwin kau pukul anak dara orang. Lepas kahwin? Eh adik? kalau saya jadi awak saya dah goodbye,. Tak kisah lah salah ke pancing emosi ke apahal nak nak tangan pula.”

Kenyataan Fasha itu seolah-olah memberi peringatan tegas bahawa keganasan dalam hubungan tidak sepatutnya dinormalisasikan, walau apa pun alasan atau provokasi yang berlaku. Ramai bersetuju bahawa jika sebelum berkahwin sudah berani ‘naik tangan’, tidak mustahil perkara lebih buruk boleh berlaku pada masa depan.

Isu Keganasan Dalam Hubungan Jadi Perbincangan

Isu ini sekali lagi membuka perbincangan tentang kesedaran terhadap keganasan dalam hubungan, terutama dalam kalangan remaja. Walaupun pasangan tersebut mendakwa sudah berbaik, netizen tetap berpendapat bahawa perbuatan kasar bukan sesuatu yang wajar dipandang ringan.

Apa pun, di sebalik drama cinta remaja ini, satu perkara jelas masyarakat kini semakin berani bersuara menentang sebarang bentuk kekasaran, lebih-lebih lagi apabila ia dirakam dan ditonton jutaan mata.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |