Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga dan rakan-rakan dalam mencuba pelbagai resepi masakan yang dikongsinya sepanjang Ramadhan.
Khairul Aming Menangis Gembira
Kongsi Khairul Aming di Instagram, dia turut memuatnaik video kompilasi gelagat rakyat Malaysia yang sama-sama menghasilkan resepi masakannya, selain menyatakan bahawa dia merasa gembira melihat para keluarga berkongsi momen mereka memasak bersama.
“9 tahun lepas i was alone dalam rumah sewa, buat video masak yang tak tahu ada orang tengok ke tak.
Tahun demi tahun kita mula kenal each other. Ada yang dari zaman belajar now dah kerja, ada yang bujang skrang dah kahwin, ada yang dah jadi mak ayah, dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita.
Saya dah tak boleh create moments ni dengan arwah ayah, tapi bila tengok korang happy masak dengan family, that means the world to me. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih guys for everything.”-kongsi Khairul Aming di Instagram
“Terima Kasih Bagi Rakyat Malaysia Ada Aktiviti…”
Perkongsian Khairul Aming dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa bangga dengannya yang banyak memberi inspirasi kepada orang ramai yang menitipkan ucapan terima kasih kerana membuatkan para keluarga dapat menghabiskan masa bersama mencuba pelbagai resepi yang dikongsinya.
“Hugs, kamu menyatukan kami sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih!”
“Terima kasih KA, sebab resepi awak, banyak keluarga yang habiskan masa bersama-sama mengeratkan lagi hubungan. Semoga terus bahagia KA!.”
“KA berjaya menyatukan manusia tak kira bangsa, agama, warna kulit, tak kira di mana pun mereka berada. That is one humongous achievement okay Khairul Aming, kami sebagai rakyat Malaysia bangga dengan kamu.”
“Terima kasih bagi rakyat Malaysia ada aktiviti, bersatu padu berebut bahan-bahan kat semua tempat cikgu.”
“Terima kasih KA, yang dulu tak tahu jadi tahu. Yang dulu tak pandai, jadi pandai. yang dulu takut nak mula, sekrang dah jadi tak berhenti mencuba dan berjaya. Alhamdulillah.”
Kami di Murai MY turut merasa bangga dengan Khairul Aming yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang mencuba pelbagai resepi masakannya itu. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya agar terus berjaya di dunia dan akhirat.
Apa komen anda?

19 hours ago
8


![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)







![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)



































