Pada malam AJL-39 yang baru-baru ini berlangsung, satu kejadian menarik dan sedikit kontroversial telah mencuri perhatian netizen. Berikutan video yang dikongsikan oleh aktor Sharnaaz Ahmad di laman sosialnya, beliau menegur tentang kehadiran tetamu lelaki yang berpakaian wanita dalam acara tersebut.
Teguran Johan Ghazali
Teguran ini mengundang pelbagai reaksi, termasuk dari jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali.
Johan yang terkenal dengan kecenderungannya untuk memberikan komen terbuka tidak ketinggalan menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini. Dalam satu kenyataan yang penuh berani, beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah tetamu yang digelar “Gay” oleh netizen.
Melalui ruangan komen, Johan menulis, “Artis, Influencer tu semua kena bagi tapak kaki kat muka sekali baru tak jadi gay. Say dah 18 tahun, saya boleh komen.”
Teguran keras Johan itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, tetapi turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Sharnaaz Ahmad, yang juga aktif di media sosial, tidak terlepas untuk memberi balasan terhadap kenyataan Johan. Dalam balasan yang penuh sindiran, Sharnaaz berkata, “Memang patut dulu-dulu kena keropok baru ada betoi sikit otak tu.”
Balasan ini semakin memeriahkan perbualan di ruangan komen, dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai kontroversi yang timbul.
Kedua-dua tokoh ini sememangnya terkenal dengan sifat berani mereka untuk menyuarakan pendapat, namun sejauh manakah kita sebagai masyarakat perlu menilai dan mengimbangkan antara kebebasan bersuara dengan menghormati perbezaan? Mungkin ini satu perbincangan yang perlu diteruskan di kalangan kita semua.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.