[VIDEO] Gelagat Sultan Pahang Turun Kereta & Bantu Mangsa Kemalangan, Mengundang Perhatian Umum!

2 days ago 40

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

“MasyaAllah, Tuanku Siap Tunggu Hingga Ambulan Sampai”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @pahangmedia yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta, tanda suka sebanyak 115 ribu dan sebanyak 2,758 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Sultan Pahang yang turun dari keretanya dan membantu mangsa kemalangan yang terlantar ditepi jalan raya itu.

@pahangmedia

Keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah terserlah apabila Paduka Baginda sanggup turun dari kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari bermain padel di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada Sabtu, 31 Mei 2025. Ketika melalui Jalan Teluk Sisek pada pukul 6.55 petang kebetulan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta sehingga menyebabkan penunggang motosikal, Hadzirul Zazlin Bin Mahadzir, 27, terbaring kesakitan dengan kecederaan kaki dan tangan. Tanpa berlengah, Paduka Baginda segera menenangkan mangsa dengan menitipkan nasihat dan meminta pengawal pengiring menghubungi ambulans. “Bersabar, Istighfar banyak-banyak dan ingat Allah,” demikian titah Paduka Baginda agar mangsa kemalangan tidak panik dan mengurangkan kesakitan. Paduka Baginda bukan sahaja mengurniakan sumbangan peribadi tetapi sanggup menunggu sehingga bantuan sampai dan memastikan mangsa kemalangan di bawa hospital untuk rawatan dengan segera. Hadzirul yang beralamat di Indera Mahkota dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. Sumber- KESULTANAN PAHANG #sultanpahang #pahangroyalfamily #kesultananpahang

♬ original sound – Pahang Media 🇲🇾 – Pahang Media 🇲🇾

Rata-rata netizen terharu melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Sultan Pahang sangat merendah diri sehingga baginda sanggup turun sendiri untuk membantu mangsa tersebut.

Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |