Satu video yang tular di TikTok mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila seorang wanita mengecam penganjuran program bertemakan permainan video Mobile Legends yang diadakan di ruang Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM).
Video yang dimuat naik oleh pengguna @_nabilahhassan telah meraih perhatian ramai dengan kapsyen lantang,
“Masjid UPM jadi tempat karnival Mobile Legend?! THIS IS NOT OKAY!”
@_nabilahhassanMasjid UPM jadi tempat karnival Mobile Legend?! THIS IS NOT OKAY! Terkejut sangat bila masuk masjid, tiba tiba ada satu ruang, penuh students main game tanpa hira orang keliling. At the same time 2 jenazah tengah bersedia untuk solat jenazah di Masjid! Admin approach polis bantuan. Diorang pun tak ok. Admin minta nak jumpa organiser. Tapi last sekali polis dah settlekan. Sungguh memalukan! Ini ke hasil graduan menara gading research uni and top uni yang di banggakan Malaysia! Langsung takde sensitiviti! Main game dah satu hal. Dalam masjid lagi satu hal. Muka organiser lepas kena tegur langsung takde rasa bersalah. I am super worried bout our younger generations! Jemput semua viralkan sebab sadly orang zaman sekarang lagi takut viral dari takut Allah 😡 Tak tahu macam mana program macam ni boleh dapat kelulusan?!
♬ original sound – Nabilah Hassan 🇲🇾🇵🇸 – Nabilah Hassan 🇲🇾🇵🇸
Dalam rakaman berdurasi 17 saat itu, wanita tersebut meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila mendapati satu sudut di dalam masjid dipenuhi pelajar yang sedang bermain permainan Mobile Legends tanpa mempedulikan suasana sekeliling. Lebih menyedihkan, pada masa yang sama dua jenazah sedang disediakan untuk solat jenazah di masjid tersebut.
Situasi yang berlaku menimbulkan persoalan besar tentang sensitiviti dan adab di dalam rumah ibadah, terutama sekali apabila ia melibatkan institusi pendidikan tinggi yang sepatutnya mendidik generasi muda dengan nilai murni.
Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi polis bantuan yang turut berkongsi rasa kurang senang terhadap kejadian tersebut. Menurutnya, beliau telah meminta untuk bertemu dengan penganjur, namun akhirnya pihak polis yang mengendalikan situasi tersebut.
“Muka organiser lepas kena tegur langsung takde rasa bersalah,” tambahnya.
Lebih mengecewakan, wanita berkenaan mempersoalkan bagaimana program seumpama itu boleh mendapat kelulusan, apatah lagi dilaksanakan di dalam masjid yang seharusnya menjadi tempat ibadah dan ketenangan.
“Sungguh memalukan! Ini ke hasil graduan menara gading research uni and top uni yang dibanggakan Malaysia? Langsung takde sensitiviti!”
Video tersebut ditutup dengan seruan agar orang ramai menyebarkan kesedaran mengenai insiden ini, dengan harapan ia dapat membuka mata pihak bertanggungjawab dan masyarakat umum.
“Jemput semua viralkan sebab sadly orang zaman sekarang lagi takut viral dari takut Allah.”
Reaksi Netizen
Insiden ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun majoriti meluahkan rasa kecewa dan tidak bersetuju dengan penganjuran acara permainan video di dalam masjid, terdapat juga segelintir yang tampil menyokong penganjur dengan pandangan lebih terbuka.
Mereka yang menyokong berpendapat bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah, tetapi juga boleh berfungsi sebagai pusat komuniti termasuk aktiviti riadah yang mendidik, selagi ia tidak melanggar batas agama.
Ada juga yang menyarankan agar wanita dalam video tersebut lebih terbuka dalam menilai situasi, memandangkan zaman sekarang semakin canggih dan pendekatan dakwah perlu lebih mesra generasi muda.
“Beza org yg paham agama dgn org yg mabuk agama, org paham agama tau yg masjid ni digunakan utk bnyk kegiatanan, bkn utk ibadah saja. lebih baik ad budk yg dtg masjid main dri xde org lgsung”
“Apa yg salah? Bkn kah ni satu tarikkan utk org dtg masjid. Obviously, org akan solat jemaah bila masuk”
“Rumah Allah , Allah tak larang pun bukan umah kau kalau umah kau kau punya pasal la”
“Excuse me, yang dok kata zaman nabi masjid digunakan untuk kegiatan sosial, ekonomi dll tu, ya betul. Tapi ni ml kot. Player ml come on la. We know kan karakter game tu macam mana. Pemakaian and etc. Tak sesuai beb. Respect la tempat ibadah”
“Sedihnyaa.. baca dari caption, sgt2 sedih bila org nak solatkan jenazah, while on the other side boleh anjurkan ML”
“Ramai yg kata ok. Bg aku sgt tak ok. Nk kata main bola bole. Org main bola bkn dlm masjid. Luar tmpt solat tu. Ini kata nya tgh ada solat jenazah kat situ, tp bdk2 ni langsung x amik peduli. Terlalu leka”
Namun begitu, ramai masih berpendapat bahawa tempat dan masa aktiviti tersebut amat tidak sesuai, apatah lagi ketika masjid sedang bersiap untuk solat jenazah.
Pemain Tampil Beri Penjelasan
Di ruangan komen, dilihat seorang pelajar UPM yang menyertai program tampil memberi penjelasan.
“Saya salah seorang kt masjid upm ni, dari hari sabtu sampai Ahad. Yes mmg kami main kat masjid but alhamdulillah masing ii dapat jaga mulut tidak mencarut ii, and about jenazah yg ade kt masjid, masa jenazah tiba, penganjur pause tournament tu bagi ruang untuk jenazah, menghormati jenazah tu. Kami beralih tempat ke bilik belakang masjid, dan sampai selesai kami duduk dalam bilik masjid tu”
Individu berkenaan menyatakan bahawa ketika solat jenazah berlangsung, mereka telah berpindah tempat ke ruangan tertutup untuk menghormati jenazah.
Pihak UPM Belum Keluarkan Kenyataan Rasmi
Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan UPM berkenaan insiden ini. Orang ramai menantikan penjelasan lanjut dan tindakan susulan bagi menangani isu ini.
Apa pendapat anda? Adakah wajar program seperti ini dianjurkan di masjid, walaupun dengan niat mendekatkan anak muda kepada institusi agama?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.