Ayda Jebat Dedah Hun Haqeem Tak Pernah Tinggal Solat, Netizen Puji Dua-Dua Artis Rajin Jaga Ibadah

2 days ago 11

Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, pelakon tampan Hun Haqeem tetap tidak culas menunaikan solat dan sikap itu mendapat pujian ramai selepas momen tersebut dirakam dan dikongsi oleh penyanyi Ayda Jebat.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Ayda meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian Hun yang begitu menjaga ibadah walaupun berada dalam kesibukan kerja sebagai seorang anak seni. Ayda, yang pernah bekerjasama dengan Hun dalam beberapa projek sebelum ini, menyifatkan aktor itu sebagai seorang lelaki sopan, mudah mesra dan disenangi ramai.

“Siapa berminat, boleh terus DM Hun Haqeem. Baik, solat tak tinggal. Kadang-kadang kelakar, pandai kopekkan udang dan ikan. Single katanya,” tulis Ayda berseloroh sambil memuat naik foto Hun sedang khusyuk mendirikan solat di lokasi penggambaran.

Tindakan Hun yang tetap menjaga waktu solat meskipun sibuk ternyata menyentuh hati ramai. Momen tersebut dikongsi semula oleh peminat di TikTok dan segera tular, mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum terhadap keseimbangan antara rupa paras dan akhlak pelakon berusia 27 tahun itu.

“Kacak luar, kacak dalam, untung siapa yang dapat Hun sebagai suami,” tulis seorang netizen dengan nada teruja.

“Jarang tengok lelaki muda jaga solat masa kerja. Ada tapi tak ramai, memang salute,” ujar seorang lagi yang terinspirasi dengan sikap Hun.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa Hun mempunyai “pakej lengkap” sebagai seorang lelaki, dan sesiapa yang terlepas peluang mengenalinya akan menyesal.

Ramai mendoakan agar Hun terus istiqamah dalam menjaga amal ibadahnya, lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan yang penuh cabaran. Keperibadian sebegini nyata menjadi contoh yang baik dalam kalangan selebriti muda dan membuktikan bahawa populariti tidak semestinya menghalang seseorang untuk menjadi Muslim yang taat.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |