Al Ghazali atau mesra disapa sebagai Al, bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan model Perancis-Indonesia, Alyssa Daguisé.
Menjelang perkahwinan merpati dua sejoli itu, bapa tiri Al iaitu Irwan Mussry telah menghadiakannya sepasang kasut berjenama. Detik istimewa itu dikongsi oleh ibu Al, Maia Estianty di YouTube dan Instagram miliknya.
Dalam video tersebut, Maia dan Irwan bersama-sama Al dan Alyssa telah mengunjungi kedai kasut terkenal dan memilih beberapa kasut slip-on untuk dipadankan dengan baju nikah Al.
“Kasut untuk majlis perkahwinan Al Ghazali, kembar dengan Daddy (Irwan). Terima kasih Daddy,” jelas Maia.

Kasut yang dicuba oleh Al nampak sangat mewah dengan pilihan corak yang elegan. Sementara itu, Alyssa dilihat berbincang dengan bakal ibu bapa mentuanya mengenai kasut yang sesuai dengan busana pengantin mereka. Apa yang membuatkan momen itu sangat istimewa adalah Al telah memilih kasut yang sama seperti bapa tirinya.

Kasut yang dibeli oleh Irwan untuk Al adalah daripada jenama Perancis iaitu Berluti. Berdasarkan laman web rasmi jenama tersebut, kasut Cyrus Scritto Leather Slipper yang dipilih Al itu berharga RM8650.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan harga kasut perkahwinan Al yang dibelikan oleh Irwan kerana ramai menyangka ianya harga mampu milik. Walau bagaimana pun, ada juga yang memuji sifat Irwan yang melayan anak tirinya sebagai anak sendiri dan keakraban mereka.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.