Bagi peminat filem Bollywood, kamu pasti tahu betapa cantik dan popularnya aktres Shilpa Shetty suatu ketika dahulu. Di sebalik kecantikannya, Shilpa sering terlibat dalam beberapa skandal dan kisah yang paling ramai ingati ialah hubungannya dengan Akshay Kumar.
Untuk pengetahuan kamu, Shilpa dan Akshay bertemu pertama kali pada set penggambaran filem ‘Main Khiladi Tu Anari’. Sejak daripada itu, mereka sering membintangi filem bersama dan Shilpa telah jatuh cinta pada aktor itu ketika mereka bergandingan dalam ‘Insaaf’.

Ketika itu Shilpa yang berusia 22 tahun telah jatuh cinta dengan Akshay, yang baru sahaja berpisah dengan Raveena Tandon, dan mengatakan aktor itu adalah cinta pertamanya.
Menurut rakan rapat Shilpa, aktres itu tidak pernah begitu serius dengan lelaki dan menggambarkan Akshay teman lelaki pertamanya, lelaki yang memeluk dan memegang tangan.

Manakala dalam beberapa media hiburan India pula melaporkan bahawa Shilpa telah kehilangan daranya pada usia 22 tahun. Mendengarkan tentang berita ini, ramai yang mengesyaki Shilpa telah berhubungan intim dengan kekasih pertamanya iaitu Akshay.
“Akshay adalah lelaki pertama yang datang dalam hidup saya, cinta pertama saya. Sebelum itu saya tidak faham apa-apa.”

Rakan rapat Akshay pula mendedahkan beberapa maklumat tentang masa lalu pasangan itu dengan mengatakan Shilpa masih lagi anak dara ketika bertemu dengan aktor itu.
“Akshay memberitahu kamu bahawa Shilpa masih seorang gadis polos, sangat naif ketika mereka bertemu. Dia tidak pernah mencium seorang lelaki sebelum ini. Dia hanya berpegangan tangan dan melakukan bahasa tubuh yang romantis dan intim apabila bersama dengan Akshay.”

Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Shilpa mendapati Akshay telah curang dengannya bersama Twinkle Khanna, yang ketika itu adalah rakan baiknya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.