Putera Yang Dirindukan, Azrinaz Akui Sudah Lama Tak Bersua Dengan Anakanda Sultan Brunei

1 day ago 38

Azrinaz Mazhar Hakim, bekas personaliti televisyen yang kini bahagia bersama keluarga kecilnya, menyambut ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel yang ke-19 dengan luahan penuh emosi dan kerinduan yang menyentuh hati. Meskipun sudah lama tidak bersua, Azrinaz tetap setia mengingati tarikh keramat itu, satu detik yang baginya tidak mungkin terpadam daripada ingatan seorang ibu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Azrinaz, 46, berkongsi bahawa tarikh kelahiran Wakeel sentiasa hidup dalam ingatannya, disertai dengan rasa rindu yang tidak pernah surut. Bagi Azrinaz, mana mungkin seorang ibu mampu melupakan kesakitan saat melahirkan zuriatnya, apatah lagi melupakan suara, senyuman dan tawa anak yang pernah menghidupkan ruang rumah yang kini sepi.

Dia menggambarkan hubungan mereka seperti bintang-bintang kecil yang terpisah sebelum sempat benar-benar memahami erti perpisahan. Setiap tahun yang berlalu, Azrinaz hanya mampu memerhati dari jauh. Tiada pelukan, tiada bisikan, hanya doa dan harapan yang tidak pernah putus. Namun dalam segenap jarak dan diam itu, dia tidak pernah gagal meraikan kejayaan dan pencapaian Wakeel, walaupun hanya dari kejauhan, walaupun sekadar dalam bayang.

Azrinaz turut meluahkan bahawa walau apa pun yang telah berlaku di masa lalu, pintu hatinya tetap terbuka luas untuk anak-anaknya. Dia tidak mampu mengubah apa yang telah hilang, tetapi tetap menyimpan harapan bahawa takdir akan menemukan mereka kembali dalam lembaran hidup yang lebih lembut. Di mana suaranya bukan lagi sekadar kenangan yang samar, tetapi menjadi sesuatu yang nyata, yang boleh dirasai dan digapai semula.

Ucapan hari lahirnya kepada Wakeel bukan sekadar ucapan biasa, sebaliknya satu luahan kasih sayang yang mendalam daripada seorang ibu yang tidak pernah berhenti menanti dan menyayangi. Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005, dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 17. Walau hubungan itu hanya bertahan selama lima tahun, kasih seorang ibu terhadap anaknya kekal abadi.

Kini, Azrinaz meneruskan kehidupan bersama suaminya, Firoz Khan Abdul Hamid, bekas rakan setugas di TV3, yang dinikahinya pada 1 Mei 2018. Bersama, mereka membina keluarga bahagia dan dikurniakan dua orang anak iaitu Areesya Malaykha yang kini berusia enam tahun dan Atheera Medinah, empat tahun. Namun di sebalik senyuman dan keriuhan dua anak kecil itu, hati seorang ibu tetap menyimpan satu ruang istimewa untuk anak yang jauh di mata, namun dekat di hati, Wakeel, putera yang tetap dirindui.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |