Walaupun popular dan mempunyai ramai peminat, Aamir Khan juga tidak terlepas daripada masalah perjalanan cintanya. Aamir yang sudah dua kali berkahwin dan bercerai pernah dedahkan punca sebenar kenapa perkahwinannya gagal.
Kalau kamu nak tahu, Aamir sebenarnya kecewa terhadap cinta pertamanya dan sebab itulah dia sering berasa insecure dalam hubungan sehinggakan ia menyebabkan perceraian.

Menurut beberapa sumber terdekat, Aamir pertama kali bercinta ketika dia di universiti. Dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita daripada kelab tenisnya. Aamir menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang aktif, penyayang dan berpenampilan manis.
“Saya mengenalinya semasa bermain tenis. Dia berada dalam kelab yang sama dengan saya. Kami berkawan dan kemudian satu hari saya mendapat tahu dia meninggalkan India bersama keluarganya. Saya patah hati.”

Aamir mengatakan dia berasa sangat kecewa kerana menyimpan perasaan itu seorang diri. Dia belum berkesempatan untuk menyatakan perasaannya dan wanita itu sudah pun meninggalkannya.
“Bahagian paling sukar adalah dia tidak tahu apa yang saya rasa. Sebab wanita ini, saya rasa sangat kecewa. Kami lelaki kadang-kadang ada juga keraguan. Takut adakah cinta kami akan diterima atau tidak. Adakah dia akan pergi atau persahabatan ini akan berakhir?”

Ia adalah secebis kisah pandang pertama Aamir yang tidak dapat dilupakan. Untuk rekod, Aamir sudah pun berkahwin sebanyak dua kali dan telah bercerai dengan bekas isterinya, Reena Dutta (1986-2002) dan Kiran Rao (2005-2021).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.