Dr Amalina Selamat Timang Cahaya Mata Kedua, Selebriti & Netizen Titip Ucapan Tahniah!

2 days ago 33

Personaliti terkenal dan pakar bedah kelahiran Malaysia yang menetap di United Kingdom, Dr Amalina Bakri berkongsi khabar gembira apabila dia telah selamat menimang cahaya mata kedua baru-baru ini.

Dr Amalina menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi beberapa foto bersama bayi perempuan yang diberi nama Aurora Sienna serta gelagat puteri sulung mereka, Arebella Mia menggendong adik perempuannya itu.

“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Bertemu dengan cinta baru dalam hidup kami, Aurora Sienna.

Arabella gembira menjadi kakak. Alhamdulillah.”-kongsi Amalina di Instagram

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Di ruangan komen, rata-rata selebriti serta netizen menitipkan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keduanya itu, malah ramai yang memuji wajah comel Aurora biarpun hanya dikongsi dari bahagian sisi.

“So happy for you and your family Dr Amalina, congrats 😍.”-Puan Sri Tiara Jacquelina

“❤️❤️❤️ congratulations 🥳 Alhamdulillah.”-Syedewa

“Congratulations again. 😍 So adorable, they will be best buddies. ❤️.”-Dr Shaaira Nasir

“Awwhh congratulations!! ❤️.”-Datuk Nicol David

“Alhamdulillah Tahniah Dr! Selamat berpantang!.”

“Cantiknya Arabella, putih sungguh..”

“Alhamdulillah syukur semoga mummy dan baby sentiasa sihat. Selamat berpantang.”

Sekadar info, Dr Amalina mendirikan rumah tangga jejaka pilihan hatinya, Alexander Charles pada Mac 2021 di sebuah masjid di London.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Arrabella Mia dan Aurora Sienna yang dilahirkan baru-baru ini.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |