[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

16 hours ago 8

Dalam dunia automotif mewah, nama Rolls-Royce memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi kali ini, jenama ikonik itu mencipta satu lagi sejarah dengan penghasilan model ultra-eksklusif, Rolls-Royce Droptail, yang kini diiktiraf sebagai antara kereta paling mahal pernah dihasilkan di dunia.

Menurut instagram Thetrilionairelife, model luar biasa ini dimiliki oleh Tunku Ismail Idris, atau lebih dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Simbol Status, Eksklusiviti & Legasi

Dengan nilai dianggarkan melebihi $30 juta (sekitar RM140 juta), Droptail bukan sekadar kenderaan, ia adalah simbol status tertinggi yang melambangkan kuasa, pengaruh dan legasi pemiliknya.

Lebih eksklusif, model milik TMJ ini merupakan unit terakhir daripada hanya empat yang pernah dihasilkan di dunia. Ini menjadikannya bukan sahaja rare, tetapi juga penutup kepada sebuah karya agung automotif.

Rekaan Terinspirasi Dari Kapal Mewah

Dari segi reka bentuk, Droptail tampil sebagai open-top roadster yang diinspirasikan daripada kapal layar mewah. Garis badan yang elegan dan aerodinamik memberikan aura sofistikated yang cukup luar biasa, seolah-olah ia “terapung” di atas jalan raya.

Dalaman Bertaraf Seni Halus

Masuk ke bahagian dalam, Droptail membawa definisi kemewahan ke tahap yang lebih tinggi. Setiap inci direka khas dengan:

Material premium yang dipilih secara teliti. Kemasan kayu buatan tangan yang sangat halus. Perincian dalaman yang unik dan tidak akan ditemui pada mana-mana model lain

Paling mencuri perhatian, terdapat jam tangan eksklusif yang boleh ditanggalkan dan diintegrasikan terus pada papan pemuka, satu gabungan seni pembuatan jam mewah dengan kejuruteraan automotif.

Bukan Untuk Dijual Secara Biasa

Berbeza dengan model Rolls-Royce Phantom atau Rolls-Royce Ghost yang masih boleh ditempah (walaupun dengan harga tinggi), Droptail berada dalam liga tersendiri.

Ia tidak dijual secara terbuka. Sebaliknya, ia dibina sepenuhnya secara bespoke,  mengikut visi, gaya hidup dan citarasa pemilik. Hanya individu terpilih dengan akses dan pengaruh tertentu sahaja yang berpeluang memiliki karya sebegini.

Lebih Daripada Sebuah Kereta

Hakikatnya, Rolls-Royce Droptail bukan sekadar alat pengangkutan. Ia adalah manifestasi seni, kejuruteraan dan kemewahan yang digabungkan dalam satu karya eksklusif.

Bagi TMJ, pemilikan model ini bukan sahaja mencerminkan minat mendalam terhadap automotif, tetapi juga meletakkan Malaysia dalam radar dunia sebagai antara pemilik kepada jentera paling rare di planet ini. Memang level kayangan sebenar

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |