Dunia media sosial sekali lagi hangat apabila pempengaruh teknologi dan travel, Iman Kamil mengejutkan pengikutnya dengan penampilan terbaharu, bertatu penuh di bahagian lengan.
Dalam video yang dimuat naik, Iman dilihat cukup terbuka berkongsi keadaan dirinya. Malah, dia turut meluahkan rasa penat yang dipendam sekian lama, selain bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup. Tidak hanya itu, Iman juga menyentuh soal dosa, mengingatkan bahawa setiap manusia punya kekurangan, cuma tidak semua dizahirkan secara fizikal (tatu).
Perkongsian jujur itu nyata mengundang pelbagai reaksi, ada yang terkejut, ada juga yang tampil memberi sokongan. Antara yang mencuri perhatian adalah komen daripada pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman.
Norreen dilihat meninggalkan pesanan panjang lebar yang cukup menyentuh hati, selain memuji keberanian Iman untuk tampil jujur tentang kehidupannya.
Berikut antara pesanan yang ditinggalkan Norreen:
“Hi Iman. Saya cuma nak cakap, saya suka cara awak berani berkongsi apa yang sedang berlaku dalam hidup awak sekarang. Orang di luar sana hanya nampak kita melalui skrin, dan mereka hanya nampak apa yang kita pilih untuk tunjukkan.
Saya tahu jauh di sudut hati awak, mungkin ada rasa ‘ahh, lantaklah, aku tak nak berpura-pura lagi’ atau ‘orang sebenarnya tak kenal aku’. Percayalah, apa yang awak rasa tu semuanya valid. Memang susah nak ‘fit in’ dan rasa diterima masyarakat, sedangkan dalam masa yang sama kita rasa perlu sentiasa memberi semula kepada orang lain. Kadang-kadang tu, kita sebenarnya tengah cari pengiktirafan, kan?
Apa pun yang awak lalui dalam hidup, hanya awak yang tahu jalan ceritanya. Jatuh bangun, baik buruk, suka duka itulah kehidupan.
Apa yang penting, kelilingi diri dengan orang yang boleh terima awak seadanya. Cari orang yang benar-benar menghargai diri awak. Dan paling penting, apa saja yang berlaku atau yang awak rasa, serahkan pada Tuhan. Perasaan lega tu lain macam. Jangan cari pengiktirafan daripada manusia.
Konsepnya, bila kita berkongsi sesuatu, kita sebenarnya beri ruang untuk orang bercakap. Dan saya tahu awak cukup kuat untuk hadap apa saja pandangan orang bila awak dah pilih untuk ‘open up’ macam ni. Itulah manusia.
Asalkan kita kurangkan rasa keakuan, sebab kita ada Tuhan.
Tolong buat lagi video ya. Saya pun banyak terpengaruh dengan barang yang awak promote.”
MURAI lihat, kata-kata yang ditinggalkan Norreen ini bukan sekadar komen biasa, tetapi lebih kepada satu bentuk sokongan moral yang cukup mendalam. Dalam dunia media sosial yang sering dipenuhi kecaman, keberanian untuk memahami perasaan orang lain seperti ini memang jarang kita lihat.
Apa yang cuba disampaikan Norreen jelas, setiap individu ada perjalanan hidup sendiri, dan tidak semua perkara perlu dinilai dari luaran semata-mata. Kadang-kadang, apa yang kita nampak hanyalah sebahagian kecil daripada realiti sebenar seseorang.
Perkongsian ini jelas memperlihatkan sisi empati dan sokongan dalam dunia media sosial, di sebalik kecaman dan spekulasi, masih ada suara yang memilih untuk memahami daripada menghakimi.

14 hours ago
8





































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)









