[VIDEO] GENBLUE Lawat Malaysia, Lancar Album Mini Pertama ‘ACT LIKE THAT’

1 day ago 12

6 Mac 2025 menandakan detik penting buat kumpulan idola wanita baharu, GENBLUE, apabila mereka secara rasmi melancarkan album mini sulung berjudul “ACT LIKE THAT” — langkah pertama mereka menembusi industri muzik global. Album ini bukan sahaja memperkenalkan identiti muzik GENBLUE, malah menonjolkan semangat dan keyakinan luar biasa yang menjadi nadi utama perjalanan mereka.

Lagu Utama: “ACT LIKE THAT” – Penuh Tenaga

YouTube video

Album ini merupakan sebuah lagu Pop Dance yang menggabungkan rentak dinamik, aura bertenaga dan mesej yang membangunkan semangat pendengar. Lagu ini menyeru para pendengar untuk melangkah ke hadapan dengan yakin tanpa menghiraukan halangan atau pandangan luar.

“Dalam perjalanan ke pentas dunia, jangan diganggu oleh orang lain — berani melangkah ke hadapan dan melayang dengan keyakinan!”

Melodi yang melekat di minda serta lirik yang menyentuh jiwa menjadikan lagu ini sebuah simbol keghairahan GENBLUE terhadap muzik dan penerimaan diri yang autentik.

GENBLUE Di Bukit Bintang

Menariknya, Murai.my turut berpeluang bertemu secara eksklusif dengan para anggota GENBLUE dalam satu sesi istimewa yang berlangsung di A Quit Place, Bukit Bintang — lokasi santai yang mencerminkan aura tenang tetapi penuh karakter, seiring dengan personaliti unik setiap ahli.

Dalam suasana santai dan mesra, keenam-enam anggota GENBLUE berkongsi tentang semangat mereka menjelang debut global, inspirasi di sebalik lagu “ACT LIKE THAT”, serta harapan mereka untuk peminat di Malaysia. Bukan itu sahaja, sesi ini turut dipenuhi gelak tawa dan momen mesra yang memperlihatkan sisi peribadi mereka yang tulen, menjadikan pertemuan ini satu pengalaman yang cukup istimewa dan tidak dapat dilupakan.

Koreografi Ikonik Yang Mencuri Tumpuan

Salah satu elemen paling menonjol dalam persembahan “ACT LIKE THAT” ialah koreografi berbentuk segi empat yang menggunakan pergerakan tangan atas, bawah, kiri dan kanan pada paras dada. Gerakan ini melambangkan anggota kumpulan sebagai tumpuan di tengah pentas dan skrin, sekaligus mengekspresikan semangat “main character energy” yang mereka ingin tonjolkan.

Lagu Penuh dalam Album Mini “ACT LIKE THAT”

1. ACT LIKE THAT
2. OH!
3. Slow Down
4. Feel Like Spring

Kenali Anggota GENBLUE

GENBLUE terdiri daripada enam gadis berbakat besar dari pelbagai latar belakang yang membawa warna unik masing-masing:

  • XXIN – ‘ACE’ serba boleh, pakar koreografi dan penulisan lirik, serta pilihan utama jenama besar.
  • AYAKO – Bintang Jepun-Taiwan dengan pesona manis dan kehebatan dalam rap serta tarian ekspresif.
  • LILI – Sensasi TikTok dengan jutaan pengikut dan gaya tarian yang memukau.
  • NICO – “Ending Fairy” berusia 15 tahun, bekas pelatih YG dan atlet menembak.
  • YUAN – Artis serba boleh yang mahir dalam lagu, rap, tarian dan gitar, serta dikenali sebagai First Love Voice.
  • AYEON – Vokalis utama berlatih selama empat tahun di Korea, terkenal dengan vokal mantap dan kawalan pentas.

Ikuti GENBLUE di Media Sosial
Instagram
YouTube
TikTok
Facebook
X (Twitter)

GENBLUE bukan sekadar kumpulan biasa — mereka datang dengan semangat, bakat dan gaya tersendiri. “ACT LIKE THAT” adalah permulaan yang cukup kuat, dan Murai.my tak sabar nak tengok lebih banyak dari mereka!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |