[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Sambut ‘Birthday’ Suami Di Tepi Pantai, Curi Perhatian Ramai!

5 days ago 12

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Suka Tengok Tokti Dan Datu K Ni, Semoga Bahagia Selalu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 14 ribu, tanda suka sebanyak 359 dan sebanyak 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti bersama ahli keluarganya yang menyambut ulang tahun yang ke-66 suami tercintanya iaitu Datuk Khalid Jiwa di tepi pantai.

@rosmadiothman

Oh birthday tok k rupanya… #sitinurhaliza #fyp #viral #trending #foryou #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

@rosmadiothman

AFWA sini…feveret saya lamb… #sitinurhaliza #fyp #viral #trending #foryou #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat apabila Tokti meluangkan masa bersama ahli keluarganya terutamanya bersama suami dan anak-anaknya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |