[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Rehearsal lagu ‘Kun Anta’ Untuk Asean Summit, Cetus Perhatian Ramai!

1 day ago 16

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Habislah Lagu Arab Pun Dah Di Siti Nurhaliza Kan Hahahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @jr.june1811 yang peorleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 17 ribu, tanda suka sebanyak 1,104 dan sebanyak 25 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang berlatih menyanyi lagu arab bersama sekumpulan kanak-kanak untuk asean summit yang akan datang.

@jr.june1811

So cantekkk 🤍🤍🤍#2025 #ctdk #permatakoir #aseansummit

♬ original sound – Mrs jR.🫥 – Mrs jR.🫥

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti telah memasukkan lenggoknya di dalam lagu arab tersebut sehingga kedengaran seperti lagunya sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |