Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
“Senang Je Shukri Yahaya Nak Triggered Kan Sharnaaz Ahmad Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @memengg yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 13 ribu, tanda suka sebanyak 440 dan sebanyak 10 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shukri Yahaya yang sedang melakukan live bersama Sharnaaz Ahmad di laman instagram milik mereka. Kemudian Shukri Yahaya menyakat Sharnaaz Ahmad dengan menyuarakan bahawa rakan mereka iaitu Syafiq Kyle amat susah untuk ditemui selepas bergelar suami.
@memengg____♬ original sound – _memeng_ – _memeng_
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sangat lucu apabila Sharnaaz Ahmad disakat oleh Shukri Yahaya itu. Tambah mereka juga, mereka terhibur apabila Sharnaaz Ahmad menyatakan bahawa kelibat Syafiq Kyle terus hilang di mata masyarakat selepas berkahwin.
Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan mereka sebagai rakan sahaja dan tiada niat lain yang tersembunyi. Sesiapa yang mengenali mereka pasti sudah lali dengan perangai masuk air dari mereka itu.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.