Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Hari Lahir Buat Arwah Bapa-“Hidup Tanpa Kamu Tidak Akan Sama..”

5 hours ago 4

Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan hari lahir buat arwah bapanya, Allahyarham Bazir Ahmad bin Nazri Ahmad yang telah pergi mengadap Illahi pada 26 November 2024.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz memuatnaik sekeping foto yang memaparkan arwah bapanya itu memakai seutas jam tangan.

Kongsi Sharnaaz, hidupnya tanpa arwah bapa di sisi tidak lagi sama dan setiap kejayaan yang dikecapi seolah-olah tiada guna sejak pemergian bapanya itu.

“Selamat hari jadi my dear papa. Merindui kamu setiap hari dalam hidupku.

Hidup tanpa kamu tidak lagi sama dan tidak akan pernah sama. Setiap kemenangan terasa kosong. Setiap kejayaan terasa tiada guna.

Tapi saya akan sentiasa membawa nama kamu, seni, dan saya akan pastikan untuk menjadi nombor 1 di Malaysia, seperti yang saya janjikan kepada kamu.

Al-Fatihah Bazir Ahmad Bin Nazir Ahmad.

Jam itu sangat bermakna untuk saya. Saya hanya akan pakai bila saya meraikan kemenangan dengan kamu papa.”-tulis Sharnaaz di Instagram

Dibanjiri Doa Netizen Buat Allahyarham

Perkongsian Sharnaaz dibanjiri dengan komen rakan selebriti serta netizen yang menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Al-Fatihah.”-Scha Al Yahya

“Al fatihah ❤️ moga Roh Arwah di cucuri rahmat Amin.”-Ray Sinar FM

“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ semoga rohnya bersama para solehin , berbahagia di alam yang indah , ditemani amalan-amalan baik .. berehat berbahagia hingga dibangkit kembali إِنْ شَاءَ ٱللَٰه
.. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ.”-Noor Sara Dinna

Sekadar info, bapa kepada Sharnaaz iaitu Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad telah meninggal dunia pada 26 November 2024. Jenazahnya juga kini telah bersemadi di Tanah Perkuburan Islam kebun Lama, Pulau Pinang.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |