Perkongsian pelakon, Ummi Nazeera mencuri reaksi netizen selepas berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang ‘miming’ lagu Indonesia berjudul Cari Pacar lagi di laman media sosial miliknya.
Ummi menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dirinya yang anggun menggayakan blaus berwarna koko serta skirt satin berwarna hitam sedang santai menari sambil ‘miming’ lagu nyanyian asal kumpulan terkenal Indonesia iaitu ST12 di kediamannya itu.
“Kantoi tak miming?.”-kapsyen Ummi Nazeera di TikTok
@umminazeeraKantoi tak miming?
♬ original sound – Ummi nazeera – Ummi nazeera
“Dah Tahu Kenapa Kak Ummi Dengan Dr Izzar Kahwin…”
Gelagat Ummi Nazeera itu dibanjiri dengan komen pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang terpegun melihat tubuh badan Ummi yang sangat langsing biarpun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
“Dr Izzar, tolong bagi ibu lebih sikit 🤣.”
“Tengok Ummi terus rasa nak diet 🤣.”
“Dr, dia dah bangun ni.”
“Pusing-pusing macam tu nampak macam Fuji, saya pusing-pusing macam tu pening yang dapat.”
“Dah tahu kenapa kak Ummi dengan Dr Izzar kahwin. Sebab ni lah, comel masuk air sama-sama 🤣. Takde yang beza.”
“Dr Izzar, ada patient dah sedar tapi dia buat konsert!!.”
“Perut Ummi flat tengok perut sendiri rasa nak puasa setahun huhu. Tapi memang baik lembut je Ummi Nazeera ni jumpa kat Pusat Dakwah Paroi Seremban masa dengar kursus.”
“Walaupun dah kahwin, still nampak macam anak dara 🤭🥰.”
“Aku kalau pusing-pusing macam tu dah macam badak air mandi tau tak.”
Sekadar info, Ummi Nazeera mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.