[VIDEO] Gelagat Syed Saddiq Pakaikan Bella Astillah ‘Life Jacket’, Curi Perhatian Ramai!

3 weeks ago 32

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.

Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.

“Semua YB Buat Untuk Bella Astillah, Bagus Betul Dapat Princess Treatment”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @lutfirsempornatravel yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 134 ribu dan sebanyak 8,661 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syed Saddiq yang membantu membetulkan ‘Life Jacket’ yang dipakai oleh Bella Astillah itu.

@lutfirsempornatravel

vitamin sebelum tidur.. #lutfirtravel

♬ original sound – LUTFIR SEMPORNA TRAVEL – LUTFIR SEMPORNA TRAVEL

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syed Saddiq tampak bahawa beliau sangat suka akan Bella Astillah kerana memberi layanan yang terbaik buatnya. Tambah mereka lagi, mereka juga mendoakan agar Syed Saddiq dan Bella Astillah akan berakhir di jinjang pelamin.

Apa-apa pun, semoha kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |