Ruhainies Kongsi Momen Bersama Nora Danish & Betty Rahmad, Netizen Usik- “Dia Sorang Je Happy…”

6 hours ago 4

Gelagat pelakon, Ruhainies mengambil gambar bersama pelakon, Nora Danish dan Betty Rahmad ketika menghadiri majlis ilmu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh salah seorang netizen di TikTok, memaparkan Ruhainies bersama Nora dan Betty di meja makan ketika menghadiri Majlis Ilmu Bersama Ustaz Wadi Annuar, baru-baru ini.

@mamaayuueshi

Jangan dek yaaaaa😂🐊💁🏻‍♀️#pov #ruhainiesaliffaziz #ruhainat #noradanish #bellaastillah #teamBASS

♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

“Ruhainies Syok Sendiri, Tapi Yang Dua Lagi Tak Suka Nak Bergambar Dengan Dia…”

Walaubagaimanapun, video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen melihat gelagat Ruhainies yang disifatkan sebagai ‘try hard’ dan ‘syok sendiri’ ketika merakamkan momen bersama Nora dan Betty,

malah ramai yang sempat menegur tasbih digital yang dipakai di jari Ruhainies berada dalam keadaan terbalik.

“Tengok IG story Nora Danish takde pun letak gambar dengan Ruhanat 🤣.”

“Nora Danish macam menyampah je tu 🤣🤣.”

“Try hard nak jadi Nora Danish 🤣 Dia Ingat pakai tasbih digital kat jari, netizen terus lupa apa dia buat 🤣.”

“Masalahnya tasbih dia terbalik 🤣.”

“Tak tasbih dia tu terbalik, Macam mana dia nak tekan.”

“Dia sorang je happy lepas bergambar 🤣.”

“Ruhainies syok sendiri tapi yang dua lagi tak suka nak bergambar dengan dia 🤣.”

“Nora Danish tak senyum lepas gambar dengan .”

“Dah la Nora dengan Betty baik dengan Bella, dia pun nak rapat-rapat jugak. Mentang-Mentang Bella takde kat Malaysia.”

Sekadar info, nama Ruhainies menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz yang merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac tahun lalu.

Disebabkan kes ditangkap khalwat tersebut, Aliff dan Bella Astillah yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |