“Lain Hari Lain Bunga”-Fattah Amin Romantik Hantar Bunga Buat Amira Othman Setiap Hari

5 hours ago 5

Hari kedua dirawat di hospital akibat keracunan makanan, Amira Othman sekali lagi menjadi tumpuan apabila menerima sejambak bunga daripada pelakon popular, Fattah Amin. Apa yang menarik perhatian bukan sekadar pemberian bunga itu, tetapi isyarat bahawa Fattah menghantar bunga berlainan setiap hari sepanjang penyanyi itu berada di hospital.

Amira, 32, yang memuat naik momen tersebut di InstaStory, menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki romantik. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu yang dipanggilnya dengan gelaran mesra “Balong”. Katanya, “Terima kasih Balong. Balong kalian memang sangat ‘sweet’. Lain hari lain bunga katanya.”

Namun di sebalik senyuman dan jambangan bunga itu, Amira turut berkongsi keadaan kesihatannya yang tidak menentu. Penyanyi lagu Hati-Hati itu memohon maaf kepada rakan-rakan serta pengikutnya kerana tidak dapat menjawab panggilan atau mesej yang diterima disebabkan sakit kepala melampau. Dalam perkongsiannya, dia berkata telefon bimbitnya penuh dengan panggilan dan mesej yang tidak terjawab kerana keadaannya yang tidak mampu melihat skrin disebabkan pening melampau, kemungkinan besar berpunca daripada tekanan darah yang terlalu rendah.

Amira yang sedang berjuang melawan simptom keracunan makanan turut meluahkan rasa syukur atas doa-doa yang diterima, sambil berharap agar kesihatan dirinya dan orang lain sentiasa dilindungi.

Dalam masa sama, Fattah Amin, 35, sempat hadir melawat Amira dan turut memuat naik foto penyanyi itu bersama sejambak bunga yang dipercayai diberinya sendiri. Dalam kapsyen ringkas, Fattah menyifatkan Amira sebagai “rakan sekerja”, stilah yang sudah kerap mereka berdua gunakan sejak hubungan rapat mereka mula dihidu ramai sejak hujung tahun lalu.

Walaupun sering diasak dengan pertanyaan mengenai status hubungan mereka, baik Amira mahupun Fattah tetap sepakat memberikan jawapan yang sama, sekadar rakan sekerja. Namun dengan kunjungan penuh perhatian dan bunga berlainan setiap hari, ramai yang mungkin tertanya-tanya, adakah benar hubungan mereka sekadar kerja semata-mata, atau sebenarnya lebih daripada itu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |