Atikah Suhaime Akui Rasa Diri Hodoh, Suami Tegur Tak Habis-Habis Hina Diri Sendiri

5 hours ago 4

Pelakon Datin Atikah Suhaime mendedahkan bahawa dirinya sering terperangkap dalam perasaan rendah diri dan merasakan tidak secantik wanita lain. Namun, pemikiran itu perlahan-lahan berubah selepas ditegur suaminya, Datuk Lokman Teh, yang menyedarkan betapa kata-kata terhadap diri sendiri boleh membawa kesan besar kepada emosi dan keyakinan.

Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, dia tidak sedar bahawa setiap kali mengungkap kata-kata negatif tentang diri, dia sebenarnya sedang menanam persepsi buruk yang menjadi realiti secara tidak langsung. Dalam satu perkongsian di Instagram, Atikah menjelaskan bagaimana dirinya kerap menggelar diri sendiri ‘buruk’, sehingga akhirnya ditegur oleh suami tercinta yang bertanya, “Kenapa perlu cakap diri sendiri buruk?”

Kata Atikah, detik itu membuatkan dia mula berubah dan memuji diri sendiri. Ia sekaligus mencetuskan perubahan dalam penampilannya yang kini lebih cenderung untuk berhias dan berasa lebih yakin. Baginya, apabila seseorang sering mengulang ayat-ayat yang merendahkan diri, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tindakan dan pandangan terhadap diri sendiri.

Anak kelahiran Singapura itu turut menitipkan pesanan kepada orang lain agar belajar memuji diri sendiri terlebih dahulu sebelum melontarkan pujian kepada orang sekeliling. Atikah mengaitkan nasihat tersebut dengan pepatah yang sering diulang oleh ibu-ibu terdahulu, “Kata-kata adalah doa.”

Perkongsiannya itu membuka ruang untuk ramai wanita berkongsi pengalaman yang serupa. Ruangan komen dibanjiri dengan luahan para peminat, khususnya kaum ibu yang turut pernah merasa ‘hodoh’ atau ‘tidak menarik’ selepas melahirkan anak. Ada yang mengakui kerap mengkritik tubuh sendiri sehinggalah ditegur pasangan masing-masing. Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa lega apabila mengetahui perasaan itu sebenarnya turut dialami oleh selebriti seperti Atikah.

Atikah kini dilihat aktif berkongsi kehidupan harian bersama keluarga di media sosial, terutama sejak bergelar isteri. Namun di sebalik senyuman dan paparan kebahagiaan, dia tidak menyembunyikan sisi manusiawinya sebagai seorang wanita biasa yang pernah berdepan pergelutan emosi dengan tubuh dan wajah sendiri. Keberaniannya membuka cerita menjadi inspirasi kepada ramai untuk mula belajar mencintai dan menghargai diri sendiri, tanpa perlu menunggu pengiktirafan daripada orang lain.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |