“Next Nak Beli Bunga Warna Apa Ehh?”-Fattah Amin

8 hours ago 3

Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.

“Beli Bunga Manggar Bang Long Lebih Manis Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar beserta kapsyen yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik Fattah Amin yang peroleh perhatian ramai. Gambar berkenaan kini meraih jumlah tanda suka sebanyak 26 ribu, 1,076 komen dan sebanyak 841 perkongsian.

Gambar di instagram milik Fattah Amin tersebut memaparkan dirinya yang sedang melakukan pekerjaannya namun yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang diletakkan pada gambarnya itu.

“Hm Nex hari ni nak beli bunga warna apa eh?”-tulis Fattah Amin

Rata-rata netizen berseloroh dengan mengatakan bahawa kapsyen tersebut sangat romantik. Tambah mereka lagi, lebih afdal jika Fattah Amin membeli bunga manggar iaitu bunga yang digunakan untuk majlis perkahwinan.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |