[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyanyi Di Tepi Pantai Buat Keluarga, Raih Perhatian Ramai!

4 days ago 13

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Datuk K Senyum Je Bila Tokti Nyanyi, Pendengar Nombor Satu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 29 ribu, tanda suka sebanyak 992 dan sebanyak 25 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyikan lagu Madah Berhelah buat keluarganya di tepi pantai ketika menyambut ulang tahun kelahiran suami tercintanya itu.

@rosmadiothman

Madah berhelah.. #sitinurhaliza #fyp #viral #trending #foryou #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak sabar untuk melihat Tokti membuat konsert lagi pada tahun ini. Tambah mereka lagi, keluarga Tokti sangat beruntung kerana dapat melihatnya bernyanyi tanpa perlu membeli tiket.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |