Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Bukan Hanya Penyanyi Yang Hebat, Main Gamelan Juga Hebat”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @snlegacysb yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 56 ribu, tanda suka sebanyak 4,542 dan sebanyak 102 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang bermain alat muzik gamelan yang kedengaran amat merdu sekali.
@snlegacysbWahhhh Dato Sri @Siti Nurhaliza tunjuk skill bermain #gamelan 👏🏻👏🏻 #sitinurhaliza
♬ original sound – SN LEGACY SDN BHD – SN LEGACY SDN BHD
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Tokti rupanya pandai bermain alat muzik tradisional itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.