Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, apabila tiba musim perayaan, Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu yang akan menjadi trending di laman media sosial yang ada.,
Selain Aliff Syukri, ibunya Bonda Rozita serta kakaknya Noor Hayati juga berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang mengubah kehidupan susah mereka suatu ketika dulu dan kini menjadi inspirasi ramai orang. Kini, anak perempuannya lebih menonjol dan sering kelihatan mempromosikan barang-barang perniagaan miliknya apabila mempunyai masa yang terluang.
“Aku Tak Boleh Lah Dengan Familuy Diorang Ni, Terhibur Aku Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @qadejah_terlajaklaris yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 375 ribu, tanda suka sebanyak 23 ribu dan sebanyak 97 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Qadejah yang mengusik Datuk Aliff Syukri dengan merakam wajahnya secara dekat.
@qadejah_terlajaklarisAbah pulak caught lacking😈😈 siapa suruh kacau amani saya 😊 #fyp
♬ original sound – qadejah_terlajaklaris – qadejah_terlajaklaris
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa keluarga Datuk Aliff Syukri sangat ramah dan sering membuatkan ramai terhibur melihat telatah mereka.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda ?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.