[VIDEO] Gelagat Datin Alyah Bawa Anak Bersenam, Curi Perhatian Ramai!-“Comelnya Zara”

13 hours ago 10

Siapa yang tidak kenal dengan Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Alyah. Beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal di Malaysia serta merupakan isteri kepada seorang pemuzik terkenal iaitu Dato Ramli M.S.

Alyah memulakan kerjayanya pada tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun apabila menjadi juara dalam pertandingan nyanyi Bintang HMI anjuran RTM. Namun Alyah dikenali ramai pada tahun 2008 apabila lagunya ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ menjadi tumpuan ramai sehingga ke hari ini.

“Geram Betul Tengok Zara, Comel Pulak Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alyah81official yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 23 ribu, tanda suka sebanyak 710 dan sebanyak 14 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Datin Alyah yang membawa anak perempuannya iaitu Nur Izzara untuk menemaninya bersenam dan beriadah bagi menjaga kesihatannya itu.

@alyah81official

sepetang with si kenit izzara #trending #fyppppppppppppppppppppppp #fypageシ #fypage #malaysiatrending #fyp #fypage #flypシ #Alyahizzara

♬ Kamu Cantik Apa Adanya – BGMworld

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Datin Alyah sangat bagus kerana membawa anaknya beriadah jika mempunyai masa terluang. Tambah mereka lagi, mereka geram melihat telatah comel anak Datin Alyah itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |