Noor Neelofa Mohd Noor ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.
Neelofa juga telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia. Pada 18 Jun 2020, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri, Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan
Neelofa Telah melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon dan pengacara iaitu, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur serta dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
“Pandai Neelofa Dan Suami Didik Anak Anak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @maizatulmj yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 310 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 164 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang sedang membelek baju dan kemudian kedengaran suara anaknya iaitu Bilal yang sedang mengaji bersama Pu Riz.
@maizatulmjSuke tengok dan dengar Bilal ank Neelofa ngaji. So kite record dan simpan kat sini. Semoga mnjadi inspirasi buat semua dalam membesarkan ank-ank. Ank soleh bawa ke syurga 🫠 #Neelofa #Bilal #AnakNeelofa #Ngaji #quran #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – AinulAkmal. – AinulAkmal.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Bilal merupakan seorang kanak-kanak yang bijak kerana fasih membaca al Quran walaupun baru berusia 3 tahun.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.