[VIDEO] Gelagat Afwa Puji Masakan Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Ramai!

3 days ago 20

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Amboi Sekarang Afwa Tahu Kan Ibu Sayang Dia”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 19 ribbu, tanda suka sebanyak 423 dan sebanyak 15 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang memuji masakan cekodok pisang yang dibuat oleh Tokti itu.

@rosmadiothman

Dua singgit haha… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #sitinurhaliza #trending #foryou

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa seorang kanak-kanak yang sangat bijak dan comel. Tambah mereka lagi, mereka gemar melihat Afwa yang sedang makan kerana tampak berselera.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |