Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan dua nada dering baharu yang diinspirasikan daripada karya muzik klasik terkenal dunia.
MURAI tengok, bukan sekadar ringtone biasa, tapi ada sentuhan seni yang buat pengalaman guna telefon jadi lebih ‘premium’ dan mendalam.
Sentuhan Alam Dalam Setiap Bunyi
Menariknya, Samsung mengekalkan konsep “Inspired by Nature” sebagai asas reka bentuk bunyi mereka. Maksudnya, setiap bunyi dari nada dering hingga bunyi sentuhan direka untuk beri rasa lebih tenang dan harmoni, seolah-olah dekat dengan alam semula jadi.
Antara karya yang dipilih ialah “Prélude” daripada Cello Suite No. 1 oleh Johann Sebastian Bach. Melodi ini terkenal dengan corak berulang dan harmoni yang diinspirasikan daripada pola semula jadi seperti ombak dan tumbuhan.
Selain itu, turut dimuatkan ialah “Alla Hornpipe” daripada Water Music Suite No. 2 karya George Frideric Handel. Lagu ini cukup ikonik, pernah dipersembahkan di Sungai Thames untuk Raja George, dengan irama yang mengalir dan tersusun rapi.
Apa yang lebih menarik, kedua-dua karya ini sebenarnya pernah digunakan sebagai ringtone pada era Anycall sekitar 1990-an dan 2000-an,memang ada elemen nostalgia di situ!
Dirakam Di Studio Ikonik Dunia
Bukan calang-calang produksi,proses rakaman dilakukan di Abbey Road Studios, studio legenda yang pernah menjadi ‘rumah’ kepada banyak karya ikonik termasuk daripada The Beatles.
Rakaman dan mixing dikendalikan oleh Jonathan Allan di London, manakala proses mastering diterajui oleh Tae Ho Lee dari MiXNBLE di Seoul jelas menunjukkan gabungan kepakaran Timur dan Barat.
Lebih hebat, kedua-dua lagu ini dipersembahkan oleh Royal Philharmonic Orchestra, salah satu orkestra paling berprestij di dunia. Untuk karya Bach, ia turut menampilkan pemain cello utama mereka, Jonathan Ayling.

Lebih Dari Sekadar Nada Dering
Bagi Samsung, nada dering ini bukan sekadar bunyi notifikasi, tetapi sebahagian daripada identiti bunyi Galaxy yang lebih menyeluruh.
Menurut Myoung Woo Nam, pereka bunyi utama bahagian Mobile eXperience, muzik klasik mempunyai keupayaan merentas masa dan ruang serta memberi kesan emosi yang mendalam kepada pendengar.
MURAI rasa, langkah ini memang unik dari ringtone biasa jadi pengalaman audio yang lebih ‘berjiwa’. Siapa sangka, setiap kali telefon berbunyi, boleh rasa macam tengah dengar orkestra kelas dunia.
Nampaknya, Samsung bukan saja fokus pada teknologi, tapi juga bagaimana pengguna ‘merasai’ setiap interaksi dengan peranti mereka.

15 hours ago
7



















![[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-22.webp)

















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)



![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)








