[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

3 hours ago 5

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat ‘shopping sakan’ ketika berada di Seoul, Korea.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dia sedang memborong belasan ‘oversize shirt’ yang dijual oleh salah seorang peniaga di sana.

“Kita beli baju. Style saya banyak gila. Cik B jumpa kedai baju di Myeongdong Street, Seoul. Banyak gila style baju yang Cik B suka. Cik B tak faham apa dia cakap, tapi Cik B agak-agak je. Cik B suka cara dia layan pelanggan sebab nampak convincing. Now Cik B dah pilih, jom kita kira guys!.”-kongsi Cik B di TikTok

@cikb_havoc

Korang rasa berapa total dalam RM untuk 19 helai baju Cik B beli kat Korea ni? 🇰🇷 Cuba comment untuk part 2! #tiktokmalaysia #cikb #korea #streetwear

♬ Phonk Villain (Slowed) – kovkan

Malah, pasangan peniaga tersebut turut merasa terkejut selepas Cik B menunjukkan akaun media sosial miliknya yang mempunyai jutaan pengikut.

“Saya tak tahu apa yang saya buat dengan hidup saya. Ianya keputusan yang teruk. Sebab kita punya kg berapa je guys, tapi we bawl it, right!. Banyak sangat sampai tak muat plastik, struggle orang Korea ni nak masukkan semua baju Cik B beli.

Cik B beritahu Cik B ada banyak followers dekat Malaysia. Diorang pun ambil phone nak follow TikTok Cik B.”-tambah Cik B lagi

“Seronok Dapat Berbelanja Tanpa Berkira RM…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat Cik B yang berbelanja tanpa rasa khuatir untuk kehabisan wang, malah ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan peniaga ini yang ‘curious’ dengan Cik B yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial.

“Comel je diorang curious Cik B ni siapa.”

“Orang kaya memang lain macam kan. Baju macam koyak pun beli. Maaf cakap, saya tak reti fesyen.”

“Seronok dapat berbelanja tanpa berkira RM. Rezeki.”

“Auto kami paham apa yang ahjumma tu cakap kat Cik B. Seolah-olah kami pun tengah ikut shopping sekali 🤣🤣.”

“Hahaha last sekali dia salam tu comel, terharu betul ek 🤣🤣.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |