Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut, senyuman manis dan aura elegan yang dimiliki anak dara ini membuatkan ramai terus teringat kepada ibunya, Arni Nazira.
MURAI perhatikan, ruangan komen terus bertukar menjadi ‘reunion’ peminat-peminat lama Arni. Ada yang tiba-tiba throwback zaman penyanyi itu aktif dalam dunia hiburan, ada yang mengaku pernah menjadi rakan sekolah, malah ada juga yang masih setia mengikuti perkembangan bekas idola mereka sampai hari ini.
Antara komen yang paling banyak mendapat tanda suka berbunyi:
“Sebijik macam mama dia Arni Nazira… Arni pun cantik giler muda-muda dulu.”
“Anak Awie paling cantik. Macam wajah ibunya Arni. Saya peminat setia Arni Nazira.”
“Anak Arni confirmlah cantik sebab Arni tu cantik, rakan sekolah saya tu, Arni senior saya setahun.”
“Arni Nazira ni yang mana erk, tak ingatlah yang berlakon dalam filem Bara tu ke.”
Nampak tak? Dari sekadar puji anak, terus meleret jadi sesi mengenang kembali figura ibu. Begitulah kuatnya ‘impact’ Arni pada peminat yang membesar dengan karya-karyanya.
Yang menarik perhatian MURAI, ramai tak menafikan Putri Aleeya memang mewarisi raut wajah ibunya. Garis senyuman, kelembutan pandangan mata, malah gaya pun ada iras. Bak kata orang, salin tak tumpah!
Untuk yang mungkin baru nak kenal salasilah keluarga ini, Arni pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Wings, Awie pada 10 Disember 1998 di Teluk Baru, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang lahir pada tahun 2001 dan 2003.
Selepas berpisah dengan Awie, Arni teruskan kehidupan dan pada tahun 2009, beliau melangsungkan perkahwinan kedua dengan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, seorang usahawan yang juga rakan sekolahnya. Pasangan ini hidup harmoni dan telah dikurniakan tiga orang anak, menjadikan keluarga mereka kini lima anak buat Arni yang penuh kasih sayang.
VIA MEDIA HIBURANMelihat Putri Aleeya hari ini, ramai yang rasa masa berlalu begitu pantas. Anak kecil yang dulu mungkin hanya dilihat dalam dukungan ibu bapa, kini sudah meningkat dewasa dan semakin menyerlah kecantikannya.
@taxcotcfndn♬ Nostalgia Cinta_Awie – Abg Jiwang_Official
Biasalah, bila genetik kuat, memang susah nak lari. Tambah pula bila mama sendiri memang antara wajah yang pernah jadi sebutan suatu ketika dahulu.
Apa pun, MURAI suka tengok bagaimana satu gambar mampu buat ramai tersenyum, imbau kenangan dan pada masa sama menghargai perjalanan seni seseorang. Dari Arni, kini perhatian beralih pula kepada Putri Aleeya.

18 hours ago
7







![[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-12.48.10-PM.webp)



![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)

































![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)



