[VIDEO] “Bagusnya Dato Tak Memilih Tempat Bila Dijemput” – Netizen Puji Aliff Syukri ‘Humble’ Datang Kenduri Pekerja

1 day ago 16

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri, sekali lagi mencuri perhatian netizen. Namun kali ini bukan kerana aksi kontroversi atau lagu terbaharu, tetapi kerana sikap rendah diri beliau menghadiri majlis perkahwinan salah seorang pekerjanya.

Menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Instagram, Dato’ Aliff dilihat hadir ke sebuah kenduri kahwin yang diadakan secara sederhana di sebuah kampung. Menurut kapsyen video tersebut, beliau menghadiri hari bahagia salah seorang pekerjanya yang sudah berkhidmat lebih belasan tahun.

Dato’ Aliff Turun Padang Tanpa Protokol

Apa yang lebih mengagumkan, Dato’ Aliff datang tanpa sebarang pengiring mewah atau protokol khas. Beliau berpakaian ringkas dan mesra menyantuni tetamu serta ahli keluarga pengantin. Aksi beliau bersalaman dengan tetamu, mengambil gambar pengantin dan turut menikmati hidangan lauk kampung di ruangan terbuka telah menyentuh hati ramai netizen.

“Bagusnya Dato tak memilih tempat bila dijemput. Sanggup turun ke kenduri kampung macam ni, memang humble,”

“Terbaik tok. Pergi kenduri staff pun tak hadap mintak orang layan mcm VIP”

“Dato ni kalau tengok ok ja tidak sombong,tidak memilih tempat bila di jemput”

“Bagusnya bawa anak-anak semua datang sekali, semua mesra dan tak sombong”

Netizen Puji Sikap Merendah Diri

Ramai memuji tindakan Dato’ Aliff yang menunjukkan bahawa status dan kekayaan tidak menjadi penghalang untuk terus menghargai orang di sekeliling, termasuklah pekerja bawahan. Dalam era di mana selebriti sering dikaitkan dengan gaya hidup mewah dan eksklusif. Kehadiran beliau ke majlis sebegini disifatkan sebagai satu contoh yang baik.

Dato’ Aliff Jadi Perhatian Positif

Ini bukan kali pertama Dato’ Aliff menunjukkan sikap prihatin terhadap staf dan masyarakat sekeliling. Beliau sebelum ini pernah berkongsi momen membantu staf mebina kemahiran dalam menjadi host menjual produk.

Tindakan Dato’ Aliff Syukri menghadiri majlis perkahwinan pekerjanya tanpa memilih tempat membuktikan bahawa sikap rendah diri mampu menyentuh hati ramai. Semoga lebih ramai tokoh dan selebriti tempatan dapat mencontohi nilai murni ini dalam kehidupan seharian.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |