iCAUR 03 Tiba di Malaysia: SUV Elektrik Off-Road Pertama Dengan Harga Dari RM145K

7 hours ago 6

Kalau anda rasa kereta elektrik ni cuma untuk pemanduan santai dalam bandar, iCAUR 03 datang nak ubah persepsi tu. Baru lepas debut kat Shanghai, Malaysia jadi negara pertama luar China yang dapat tengok model ni secara rasmi. Menariknya, iCAUR 03 ni bukan calang-calang SUV, dia elektrik, tapi boleh redah off-road macam juara.

Selepas ditayangkan di Malaysia Autoshow 2025, iCAUR Malaysia terus buka peluang kepada orang ramai untuk rasa sendiri pengalaman bawa SUV elektrik off-road ni. Ada laluan khas dibina dekat tempat letak kereta 1 Utama (Old Wing) dan ia memang direka khas untuk uji kemampuan sebenar jentera ni.

  • Lokasi: 1 Utama Shopping Centre (Old Wing, tempat letak kereta bawah)
  • Tarikh: 20 – 22 Jun 2025
  • Masa: 10 pagi – 6 petang

Datang je, bawa lesen, dan cuba sendiri bawa iCAUR 03 atas laluan off-road tu.
Nak tengok model lain pun boleh, siap ada pameran interaktif.

Nak register atau tahu lebih lanjut? Boleh terus ke: www.icaur.com.my

Cabaran-cabaran yang ada memang style:

iSee-Saw
Naik atas dua roda, uji keseimbangan dan ketahanan badan kereta. iCAUR 03 steady je.

iSlide
Cerun curam, turun naik pun tenang dengan sistem tork dan brek yang pintar.
Boleh panjat 55% kecuraman, bukan biasa-biasa.

iSplash
Redah air sedalam 400mm. Jadi, kalau kena banjir sikit-sikit tu, iCAUR 03 bukan masalah.

iBreaker
Tiga tayar tergantung, satu je kat tanah. Tapi sistem pacuan pintar dia tahu mana nak hantar kuasa, jalan terus, tak sangkut.

Harga Pun Boleh Tahan

Kalau anda ingat EV power macam ni mesti mahal gila, sebenarnya tak. Harga anggaran iCAUR 03 ini dalam RM145,000 ke RM155,000 je. Untuk SUV elektrik dengan keupayaan lasak macam ni, harga tu memang kira berbaloi. Nak tempah awal? Boleh je — bayar RM1,000 dulu (boleh refund kalau tukar fikiran).

Kalau anda suka kereta yang tak takut kotor, lasak dan bergaya — iCAUR 03 memang ‘Born to Play’. Ini bukan EV untuk duduk diam. Ini EV untuk orang yang suka cabar diri.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |