“Turn Off Your Phone Bro!”- Jojo Jawab Cara Dia Hadap Kecaman Netizen

3 hours ago 2

Nama petinju muda sensasi negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali sememangnya tidak asing lagi dalam dunia sukan. Namun, selain aksinya di dalam gelanggang, Jojo juga sering menjadi perhatian netizen setiap kali berkongsi pandangan peribadi di media sosial.

MURAI masih ingat bagaimana sebelum ini Jojo pernah mencetuskan perdebatan hangat apabila melabelkan makanan pencuci mulut popular, kunafa sebagai “sampah”. Kenyataan ringkas itu mengundang pelbagai reaksi, malah ada yang menyifatkan komen tersebut sebagai tidak sensitif terhadap penggemar makanan berkenaan.

Seperti kebiasaan di media sosial, pandangan yang berbeza sering mengundang kecaman. Namun bagi Jojo, semua itu bukan sesuatu yang terlalu membebankan dirinya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, atlet berusia 20 tahun itu mendedahkan ramai yang sering bertanya bagaimana dia berdepan dengan buli siber dan komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya.

“Ramai datang kepada saya dan bertanya, ‘Macam mana awak hadap cyber bullying? Awak nampak macam tak pernah terganggu dengan apa orang cakap.’

“Jawapan saya sentiasa sama, tutup sahaja telefon anda, bro,” katanya.

Menurut Jojo, media sosial pada hari ini menjadi antara penyumbang terbesar kepada masalah kemurungan kerana ramai yang terlalu terikat dengan apa yang berlaku di alam maya sehingga terlupa realiti kehidupan sebenar.

“Media sosial adalah antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kemurungan pada zaman moden ini. Dunia yang ada dalam telefon dan dunia sebenar adalah dua perkara yang sangat berbeza.

“Kita perlu jadi diri sendiri dalam kedua-dua dunia itu. Bila keadaan mula terasa terlalu berat, ambil masa untuk menjauhkan diri daripada media sosial dan nikmati kehidupan sebenar. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

VIA Threads

Bagi MURAI, kenyataan Jojo itu mungkin kedengaran mudah, namun mesej yang dibawanya cukup relevan terutama dalam era di mana ramai individu mengukur nilai diri berdasarkan komen dan pandangan orang lain di media sosial.

Walaupun sering menjadi sasaran kritikan termasuk isu kunafa yang pernah mencetuskan kontroversi kecil sebelum ini, Jojo dilihat memilih untuk tidak melayan kecaman secara berlebihan. Sebaliknya, dia lebih fokus kepada kerjaya dan kehidupan di dunia nyata berbanding terlalu memikirkan apa yang berlaku di skrin telefon.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |