Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia?
Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper Macklemore digugurkan daripada baki jelajah Ed Sheeran susulan kenyataan pro-Palestin yang dibuatnya.
Apa yang berlaku selepas itu bukan sekadar melibatkan Macklemore. Beberapa artis termasuk Finneas, Lukas Graham, Aaron Rowe dan Beoga turut menarik diri daripada jelajah tersebut sebagai tanda solidariti.
Ed Sheeran pula menjelaskan bahawa keputusan menggugurkan Macklemore bukan dibuat olehnya secara peribadi.
Isu ini akhirnya membuka semula satu perbincangan lama dalam dunia hiburan, adakah artis hanya perlu menyanyi, atau mereka juga mempunyai ruang untuk bersuara tentang isu kemanusiaan?
Kata-Kata Amy Lee Kembali Relevan
Menariknya, beberapa minggu sebelum kontroversi ini menjadi perhatian, vokalis Evanescence, Amy Lee, sudah bercakap mengenai perkara yang hampir sama.
Dalam temu bual bersama The Guardian pada Ogos lalu, Amy berkongsi pandangannya tentang muzik, kemanusiaan dan keengganannya untuk terus berdiam diri apabila berdepan isu besar dunia.
Album terbaru Evanescence, Sanctuary, turut membawa tema berkaitan penyembuhan, ketidakadilan sosial dan keberanian berdepan realiti kehidupan.
Amy tidak menyebut nama Macklemore atau isu Palestin secara khusus dalam temu bual berkenaan.
Namun, apabila melihat apa yang sedang berlaku dalam industri muzik hari ini, kata-katanya terasa semakin dekat.
Muzik Pun Ada Makna Lebih Besar
Bukankah muzik sejak dulu lagi menjadi ruang untuk manusia meluahkan perasaan, pengalaman dan pandangan?
Bagi sesetengah artis, pentas mungkin tempat untuk menghiburkan. Tetapi bagi yang lain, muzik juga boleh menjadi medium untuk membawa mesej dan membuka perbualan.
Dan November ini, suara Amy Lee akan bergema pula di Kuala Lumpur.
Evanescence bakal mengadakan Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026 pada 28 November di National Hockey Stadium, Bukit Jalil, bersama special guest Poppy.
Ia juga menjadi satu-satunya persembahan Evanescence di Asia Tenggara.
Bagi yang membesar dengan Bring Me To Life, Going Under dan My Immortal, pastinya ada elemen nostalgia.
Tetapi mungkin kali ini, kita datang bukan sekadar untuk menyanyi bersama.
Kita juga mungkin kembali bertanya, kenapa suara seorang artis masih penting apabila dunia sedang berdepan isu yang sukar?
Baki tiket kini terhad.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

3 hours ago
5
















![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)











![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)


















