Tiket Semurah RM39! Ini 5 Sebab Konsert Ella di Pulau Pinang Wajib Masuk Wishlist

21 hours ago 10

Konsert legenda bakal kembali, kali ini lebih dekat di hati! Ratu Rock negara, Ella mengumumkan penganjuran Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru  dan ini antara 5 fakta penting yang anda kena tahu.

1. “Homecoming” Penuh Emosi di Pulau Pinang

Konsert ini bukan biasa-biasa, ia adalah simbol kepulangan Ella ke negeri kelahirannya di Pulau Pinang. Lebih bermakna, ia berlangsung sempena ulang tahun ke-60 beliau, menjadikan momen ini cukup sentimental buat peminat.

2. Bakal Gegarkan Stadium Batu Kawan

Konsert ini akan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang. Menariknya, Ella bakal mencipta sejarah sebagai artis pertama yang mengadakan konsert solo di stadium tersebut.

3. Sambungan Fenomena 55,000 Penonton

Sebelum ini, edisi di Stadium Nasional Bukit Jalil berjaya menghimpunkan lebih 55,000 penonton. Jadi, edisi “homecoming” ini dijangka lebih epik dengan aura nostalgia dan sokongan peminat Utara.

4. Konsert Dengan Misi: Peace. Love. Rindu.

Konsert ini membawa mesej kemanusiaan. Setiap pembelian tiket akan menyumbang RM2 kepada badan kebajikan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair. Siap boleh undi lagi nak salurkan kepada siapa!

5. Tiket Serendah RM39, Lebih Ramai Boleh Join

Dengan harga tiket bermula serendah RM39, konsert ini memang mesra peminat. Jualan awal bermula 8 Mei 2026 untuk peminat terpilih, manakala jualan umum dibuka pada 11 Mei 2026.

Kalau sebelum ini ramai terlepas vibe di Bukit Jalil, kali ini memang peluang terbaik untuk rasa sendiri aura “Rockqueen” di pentas, lagi-lagi bila ia jadi momen pulang ke kampung halaman.

MURAI dah boleh bayangkan… stadium penuh, peminat nyanyi sama-sama, dan Ella bagi persembahan yang letups teruk. Memang meremang!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |