Pelakon Hanez Suraya kini mempunyai satu lagi gelaran baharu apabila secara rasmi bergelar Datin Wira selepas suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais, menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka.
Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan Hanez, Najeeb Azami menerusi Instagram, sekali gus menarik perhatian ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Romie Razin Hadir Istiadat Penganugerahan Melaka
Romie Razin hadir ke Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Momen istimewa itu pastinya menjadi satu pencapaian bermakna buat Romie dan keluarga. Dalam masa sama, Hanez juga secara tidak langsung menerima gelaran Datin Wira susulan penganugerahan tersebut.
Ruangan Komen Banjir Ucapan Tahniah
Menjengah ke ruangan komen perkongsian Najeeb, rata-rata rakan serta pengikut tampil mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Ada yang menyifatkan pencapaian berkenaan sebagai satu berita membanggakan dan mendoakan agar gelaran yang diterima membawa lebih banyak keberkatan buat keluarga mereka.
Biasalah, bila seseorang yang kita kenal menerima penghargaan sebegini, kita pun tumpang happy, kan?
Apa pun, MURAI ingin mengucapkan tahniah buat Romie Razin Adilha dan Hanez Suraya atas pencapaian serta gelaran baharu ini. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki!
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

2 hours ago
3











![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)






















![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)
















