Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli keluarganya sendiri menerusi Instagram.
Menurut wakil Dolly, penyanyi itu meninggal dunia selepas berjuang seketika melawan kanser.
Memetik beberapa laporan media antarabangsa, Dolly dimasukkan ke pusat rawatan kanser selepas berkongsi di majalah People bahawa dirinya “sedang berdepan” beberapa masalah kesihatan.
Dolly Parton, Bukan Sekadar Penyanyi Lagenda
Dolly bukan sekadar penyanyi. Sepanjang kariernya, dia telah menulis kira-kira 3000 buah lagu, membintang pelbagai filem Hollywood dan juga mendermakan berjuta-juta dolar kepada badan amal.
Selain itu, Dolly turut dikenali sebagai usahawan yang sangat berjaya. Perniagaannya meliputi pelbagai sektor termasuklah taman hiburan Dollywood, kosmetik, pakaian haiwan peliharaan, adunan pembakar dan kawasan rehat untuk pemandu trak.
Untuk makluman, majlis pengebumian mendiang Dolly Parton akan dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat sahaja.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 hours ago
3









![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)






















![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)
















