“Halau Gelandangan!”- Aduan Di Taman Tasik Danau Kota Akhirnya Dijawab DBKL

6 hours ago 6

Hasrat nak bersantai sambil menikmati suasana hijau di Taman Tasik Danau Kota bertukar sedikit kurang selesa apabila seorang rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kehadiran gelandangan di kawasan tersebut.

Luahan itu dikongsikan menerusi Threads dengan meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa menjadikan kawasan sekitar tasik sebagai tempat berteduh.

 Danau Kota

Danau Kota

Menurut pengadu, keadaan berkenaan mengganggu suasana pengunjung yang datang untuk berehat dan menikmati pemandangan.

“Orang nak santai-santai duduk kat tasik ni bukan nak tengok pemandangan macam ni.”

Pengadu turut mencadangkan supaya gelandangan terbabit dihantar ke pusat transit sekiranya mereka tidak mempunyai tempat tinggal.

DBKL Terus Ambil Tindakan Isu Gelanangan Di Danau Kota

 Danau Kota  Danau Kota

Bagaimanapun, aduan tersebut tidak dibiarkan begitu sahaja. Menerusi respons di Threads, DBKL memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan susulan terhadap aduan berkenaan.

Menurut DBKL, tindakan mengusir gelandangan telah dilakukan pada 23 Ogos 2026, sebelum pemantauan susulan dijalankan pada 24 Ogos 2026.

Danau Kota

Hasil pemantauan mendapati tiada lagi gelandangan berada di kawasan Taman Tasik Danau Kota ketika pemeriksaan dibuat.

“Team dah bertindak atas aduan ini ya,” jelas DBKL dalam responsnya.

Pihak berkuasa turut memaklumkan pemantauan susulan akan diteruskan bagi memastikan situasi sama tidak berulang.

Ruang Awam Untuk Semua, Kan?

Isu gelandangan di kawasan awam sememangnya bukan perkara baharu. Dalam masa sama, ia juga bukan sekadar soal menghalau mereka dari sesuatu lokasi.

Persoalannya, bagaimana ruang awam boleh kekal selesa untuk pengunjung, pada masa sama kebajikan golongan yang tiada tempat tinggal turut diberi perhatian?

Apa pun, tindakan pantas DBKL terhadap aduan ini menunjukkan pentingnya saluran awam digunakan untuk melaporkan perkara yang mengganggu kemudahan dan keselesaan bersama.

MURAI pun nak tanya, anda pernah alami situasi sama ketika berkunjung ke taman awam?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

4

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |