Rennie Abdul Ghani, abang ipar kepada pelakon terkenal Riezman Khuzaimi, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada hari Sabtu.
Belaku Sekitar Jam 12

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan, menurut laporan pihak berkuasa taman negara.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh Riezman melalui komen di laman Facebook kumpulan pendaki Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M) dengan hantaran bergambar hitam putih Allahyarham.
Subhanallah abang ku.
Riezman memaklumkan bahawa keluarga mereka sedang menguruskan proses membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia.
Dikatakan Terjatuh Ketika Mendaki

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.
Menurut maklumat awal, Rennie Abdul Ghani atau dikenali dengan inisial RAG, memulakan pendakian ke Gunung Rinjani pada 1 Mei melalui laluan Sembalun bersama kumpulan seramai 23 orang.
Kejadian malang itu dilaporkan oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian Juan Adventure Rinjani, yang menyatakan mangsa terjatuh di kawasan Banyu Urip, satu lokasi berbahaya di laluan pendakian tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara besar-besaran oleh pelbagai agensi termasuk Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan, serta unit SAR Lombok Timur.