Penyanyi, Sissy Imann berkongsi khabar gembira apabila dia berjaya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah, baru-baru ini.
Sissy menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia telah membeli rumah tersebut sebelum dia bertemu dengan suaminya selain meluahkan rasa teruja kondominium miliknya itu berada pada aras rendah membuatkannya tidak perlu menaiki lif.
“In 2024, sebelum saya bertemu dengan suami saya, saya membeli sebuah rumah. Hari ni rumah dah siap dan saya terima kunci.
Bukannya banglo pun korang, kondo je cuma best sikit sebab low density dan dapat parking betul-betul depan rumah tak payah naik lif. Hasil titik peluh saya. Alhamdulillah.
Bukan apa, sebab kadang kita ni sibuk tengok apa dalam periuk orang sampai lupa tengok apa yang Allah isi dalam periuk kita hari-hari.
Dah la kerja freelance sebagai artist tak popular, job tak menentu, indie pulak toh, mak bapak ja jadi manager sebab tak mampu bayar orang lain. sambil-sambil sambung belajar boleh beli rumah sendiri kira alright la en? HAHA.”-kongsi Sissy Imann di Instagram
Rakan Selebriti Titip Ucapan Tahniah!

Perkongsian Sissy dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh rakan selebriti dan netizen, malah ada yang berpendapat Sissy sememangnya mempunyai sikap merendah diri selain anak yang baik kepada ibubapanya.
“MasyaAllah tahniah! Alhamdulillah awak ni sangat lah humble, baik dan jujur. Anak yang baik juga 🥹. Sangat bangga dengan awak.”-Bella Astillah
“Sangat bangga dengan awak Sissy! Siapa cakap you tak popular?! You are amazing.”-Riena Diana
“Bangga. Sissy, awak adalah inspirasi, jiwa awak yang baik dan hanya memberikan aura positif dan suasana tenang di sekeliling dan keluarga awak. Tetaplah berbakti kepada kedua orang tua ibubapa sampai bila-bila.”-Aisha Retno
“Congratulations Sissy!!!! Super proud! Alhamdulillah.”-Shiha Zikir
“Masyallah Tabarakallah, Great JOB sissy! Little Achievement is STILL AN ACHIEVEMENT. This one is BIG enough! Congratssss ❤️.”-Ojen Aiwahhh
Sekadar info, Sissy Imann mendirikan rumah tangga kepada jejaka pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman pada 12 Disember 2025 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Mohammad Kamil bin Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta rakan rapat pasangan pengantin.

6 hours ago
7
![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)
































![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)












![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)

