Siapa Aktres Wanita Bollywood Popular Yang Pernah Dijuluki ‘Perempuan Simpanan’?

3 days ago 12

Sama seperti di mana-mana industri hiburan negara lain, industri Bollywood tidak terlepas daripada skandal hubungan sulit. Dan kalau kamu nak tahu, sebilangan aktres yang popular di kaca televisyen pernah dijuluki dengan gelaran “wanita simpanan” kerana mereka cuba menjalinkan hubungan sulit dengan rakan pelakonnya.

Nak tahu siapa mereka?

1. Karisma Kapoor 

Kakak kepada Kareena Kapoor, Karisma Kapoor dikatakan telah menjadi pihak ketiga dalam hubungan Sanjay Kapoor dan Nandita Mahtani. Hubungan sulit mereka didedahkan apabila Sanjay menceraikan Nandita untuk berkahwin dengan Karisma.

Foto – Tribune

Tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama dan bercerai selepas 10 tahun berkahwin kerana Sanjay telah melakukan keganasan rumah tangga terhadap Karisma.

2. Sridevi 

Tidak menjadi rahsia, Sridevi didakwa telah menggangu rumah tangga Boney Kapoor dan Mona Kapoor. Hubungan mereka mula diketahui kerana mereka sangat rapat dan sering habiskan masa bersama.

Foto – India Today

Sehingga akhirnya, Sridevi ditangkap bersedudukan dengan Boney dan telah hamil. Akibatnya, Mona diceraikan dan Boney berkahwin dengan Sridevi.

3. Rekha 

Dikenali sebagai perempuan simpanan kepada Amitabh Bachchan, Rekha pernah diugut oleh Jaya Bachchan untuk menamparnya jika tidak menjauhi suaminya.

Foto – The Indian Express

Ugutan itu berjaya, Rekha memilih untuk berundur dan tidak lagi mengganggu rumah tangga Amitabh dan Jaya.

4. Rani Mukerji 

Rani Mukerji telah beberapa kali digelar sebagai “perempuan simpanan” kerana telah mengganggu rumah tangga orang lain. Salah seorang adalah penerbit terkenal, Aditya Chopra.

Foto – DNA India

Ketika itu Aditya masih berstatus suami orang dan dia dilaporkan rapat dengan Rani. Tak lama selepas itu, Aditya menceraikan isterinya dan berkahwin dengan Rani secara rahsia di Itali pada tahun 2014.

Tak sangka kan?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |