Siapa 4 Aktres Yang Berjaya Buat Gauri Khan Cemburu Apabila Berlakon Bersama SRK ?

2 days ago 15

Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol sering digandingkan dalam banyak filem dan kerap mempunyai adegan intim. Chemistry mereka juga boleh dikatakan sangat kuat sehinggakan ada yang sangkakan mereka menjalinkan hubungan sulit.

Melihatkan keakraban antara mereka, isteri SRK iaitu Gauri Khan tidak pernah cemburu dengan hubungan mereka. Tetapi… Tak dinafikan ada beberapa aktres Bollywood yang pernah membuatkan Gauri cemburu apabila mereka berlakon bersama suaminya.

Nak tahu siapa mereka?

Foto – India Today
  • Rani Mukerji 

Selain daripada Kajol, SRK juga agak kerap membintangi filem bersama Rani Mukerji. Mempunyai hubungan yang sangat rapat di luar set penggambaran, Rani pernah mengaku bahawa jika SRK masih bujang, dia akan jatuh cinta dan memilihnya sebagai suami.

Foto – Filmfare

SRK juga kadang-kadang suka mengeluarkan kata-kata yang agak ‘manis’ kepada Rani, sehinggakan Gauri berasa sangat cemburu dan jengkel.

  • Aishwarya Rai 

Rasanya ramai yang setuju bahawa kecantikan Aishwarya Rai sememangnya tiada tandingan, lebih-lebih lagi matanya yang sangat cantik memukau.

Foto – Reddit

Menurut beberapa sumber, kecantikan Aishwarya membuatkan Gauri cemburu, dan ianya menjadi memuncak apabila melihat chemistry antara aktres itu dan SRK dalam filem ‘Mohabbatein’.

  • Priyanka Chopra 

Umum mengetahui Priyanka Chopra ialah pelakon yang paling dicemburui oleh Gauri. Bukan tanpa sebab, Gauri menjadi cemburu kerana SRK pernah dikhabarkan bercinta dengan Priyanka semasa penggambaran filem ‘Don’.

Foto – India Today

Khabar angin ini diketahui oleh Gauri sehinggakan dia memboikot Priyanka melalui rangkaian rakannya yang berpengaruh dalam industri Bollywood. Tegasnya, SRK dan Priyanka tidak dibenarkan untuk berlakon bersama lagi.

  • Kareena Kapoor 

Filem ‘Asoka’ telah mempertemukan SRK dan Kareena yang sangat seksi ketika itu. Dalam filem ini, ada beberapa adegan intim yang cukup ‘panas’ antara mereka.

Foto – IBTimes India

Adegan intim dikatakan terlalu berahi sehinggakan Gauri menjadi marah. Tetapi sebaik penggambaran berakhir dan melihat hubungan profesional di antara suaminya dan Kareena sangat profesional, rasa cemburu Gauri kembali reda.

Apa pendapat kamu, patutkah Gauri berasa cemburu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |