Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly membuat perkongsian di media sosial adakah suaminya yang juga penerbit dan pengarah terkenal iaitu Jinggo pernah didekati penyondol ketika suaminya itu aktif dalam pengarahan.
Sheila menerusi hantaran di Threads, menyatakan bahawa dia pernah berpesan kepada suaminya agar berterus terang sahaja jika menemui perempuan yang lebih baik kerana dia bersedia untuk melangkah pergi dari kehidupan suaminya itu.
“Ada yang tanya, zaman Tok Sidang rancak mengarah dulu takde penyondol ke? Sis pernah berpesan, tahun 2003 drama arahan pertana Tok Sidang citer Enot. Kalau dia jumpa perempuan yang lebih baik dari sis, teruskan.
Beritahu je, sis boleh angkat kaki tapi dia (Tok Sidang) jangan patah balik. Sampai sekarang Alhamdulillah masih ada dengan sis maknanya tak jumpa yang lebih baik la tu 🤣.”-kongsi Sheila Rusly di Thread

“Tok Sidang Memang Rugi La Kalau Tinggalkan Isteri…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya para isteri bersetuju dengan pesanan Sheila Rusly, malah ada yang sempat berseloroh menyifatkan Tok Sidang akan berada dalam kerugian jika meninggal isterinya yang sangat baik dan rajin selain pandai memasak.
“Alhamdulillah, mungkin dulu panggil skandal bukan penyondol, sebab tak jumpa tak sangkut, boleh ke jawab ghope tu 😁😀.”-Jinggo
“Jangan cari pasal bang, digenyehnya dengan lesung batu bergerigi nanti, tak masall 😂🩼.”-Chef Zam
“You know your worth, kita bukan berebut, kita yang direbutkan haa gitu.”
“Tok Sidang memang rugi la kalau tinggalkan wife yang pandai masak, baik, rajin, silap-silap berlapor Tok Sidang takde sape masak sedap-sedap 🤣.”
“Macam ni la kita orang perempuan, kita akan cuba buat terbaik, layan suami macam raja tapi kalau ada yang lebih layak nak ambil tempat kita, silakan. Jangan esok lusa datang mengadu domba kena buli dengan bini muda 🤣🤣. Apa-apapun Alhamdulillah sis semoga perkahwinan sis sentiasa bahagia dan kekal hingga hujung nyawa aaamin.”
Sekadar info, Sheila Rusly mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo pada tahun 1995. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

5 hours ago
6




![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)
![[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy A57 5G: Apa Yang Membezakan Dengan Sebelumnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-46.webp)




![[VIDEO] 5 Hari Bersama Kia Sportage 2.0 High & Ini 5 Perkara Yang Buat Tertarik](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-40.webp)


![[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2.webp)





![[VIDEO] “Kalau Anak Sakit Macam Tu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum”- Datin Seri Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-10.webp)













![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)