Nampaknya bukan anak-anak pelakon Brad Pitt sahaja, kini anak Tom Cruise iaitu Suri Cruise pula yang tekad untuk mengugurkan nama keluarga “Cruise”.
Anak perempuan Tom Cruise dan Katie Holmes, yang kini berusia 20 tahun, dilaporkan secara rasmi telah mengeluarkan nama keluarga bapanya daripada namanya.
Menurut dokumen awam yang diperoleh eksklusif oleh media antarabangsa, Suri kini menggunakan nama sah “Suri Noelle”.
Perubahan nama ini diketahui selepas nama Suri disenaraikan dalam rekod pengundi di Allegheny County, Pennsylvania, iaitu daerah tempat dia tinggal semasa menuntuk di Carnegie Mellon University.
Mahkamah Pennsylvania telah mengesahkan bahawa setiap warganegara yang mendaftar mengundi mesti menggunakan nama sah mereka.
Nama “Noelle” sendiri diambil daripada nama tengah ibunya, Katie Holmes, yang telah membesarkannya seorang diri sejak bercerai dengan Tom Cruise pada tahun 2012.
Untuk rekod, Suri Cruise menggunakan nama “Suri Noelle” secara rasminya pada pertengahan tahun 2024, iaitu semasa tamat pengajian sekolah menengahnya. Kini Suri menuntut teater muzikal di Carnegie Mellon University.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 weeks ago
69











![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)




















![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)
















