Sedekad Coway Run Terus Mengorak ‘Rentak Ke Hadapan’ Di Stadium Merdeka September Ini

7 hours ago 7

Coway, Syarikat Best Life Solution, dengan bangganya mengumumkan kembalinya acara larian tahunan yang dinanti-nantikan, Coway Run. Acara ini bakal berlangsung pada 27 September 2026 di Stadium Merdeka yang ikonik.

Menjelang edisi ke-10 yang bersejarah, Coway Run tahun ini tampil dengan tema baharu yang berani, “Rentak Ke Hadapan”. Ianya menggariskan komitmen teguh Coway terhadap kemajuan berterusan, kehidupan yang lebih baik serta bergerak maju bersama tanpa batasan.

Foto – Coway

Berlatarbelakangkan mercu bersejarah Stadium Merdeka, Coway Run 2026 melangkaui pengalaman larian tradisional. Ia tampil sebagai simbol keazaman dan semangat utuh untuk terus mengorak rentak ke hadapan sebagai sebuah negara.

Acara ini bakal menampilkan pelbagai kategori larian yang direka untuk memenuhi keperluan semua peringkat kecergasan. Termasuklah larian santai 5km untuk dewasa dan kategori 5km khusus untuk kanak-kanak, serta larian 10km dan kategori istimewa 30km.

Foto – Coway

Jualan tiket akan bermula secara rasmi pada 1 Mei 2026 dengan jualan selama 24 jam, menawarkan tiket serendah RM49. Ia akan diikuti dengan jualan selama 72 jam dan Jualan Tiket Umum yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2026. Sebagai tambahan, 10 peserta bertuah yang membeli tiket Coway Run 2026 dari 1 Mei 2026 hingga 4 Mei 2026 berpeluang memenangi hadiah eksklusif.

Seiring dengan misinya untuk memperkasa komuniti agar terus mengorak rentak ke hadapan, Coway akan menyalurkan RM10 bagi setiap tiket yang dijual kepada Projek Coway Happy Water. Ianya satu inisiatif yang memfokuskan penyelesaian mampan serta memperkasa komuniti Orang Asli dengan akses kepada air bersih.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Coway Run 2026, sila layari www.cowayrun.com.my untuk mendapatkan tiket anda sekarang.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |