“Saya Masih Boleh Hidup. Jadi Buat Apa Nak Fikir Mati?” – Kieran Dedah Kesihatan Bertambah Baik

6 hours ago 5

Sebelum ini, bekas penyampai radio Kieran mengesahkan bahawa dia kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.

Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran berkata, kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.

Kesihatan Bertambah Baik

via Bernama

Terbaru Kieran berkongsi perkembangan terkininya selepas menjalani rawatan kanser prostat tahap tiga.

Menurut Berita Awani, kesihatannya kini semakin baik selepas menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi, meskipun masih mengalami beberapa kesan sampingan.

Kieran juga turut meluahkan rasa syukur atas sokongan keluarga yang menjadi kekuatannya untuk terus melawan penyakit ini.

Saya ada ibu dan anak-anak yang tak pernah berhenti mendoakan saya. Bila tengok anak tidur, saya rasa saya mesti kuat.

Berdepan Cabaran Selepas Rawatan

via HMetro

Walaupun luarannya kelihatan sihat, Kieran mengakui dirinya masih berdepan cabaran selepas rawatan.

Antara kesan kemoterapi yang dialaminya termasuk tangan yang masih bengkak dan kaki yang sukar digerakkan ketika bangun pagi.

Katanya, berbanding tahun lalu yang penuh ketidakpastian, kini beliau lebih bermotivasi dan optimis.

Saya fikir, saya masih boleh hidup. Jadi buat apa nak fikir mati?

Saya pilih untuk lawan dan teruskan hidup seperti biasa

Namun, beliau bersyukur kerana rawatan di Hospital Kuala Lumpur memberikan respon yang baik terhadap tubuhnya.

Semangat untuk terus hidup dan tidak menyerah kalah menjadi pegangan utama Kieran.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |