Berita yang dinanti akhirnya tiba, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan kini sudah mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak bermula semalam.
Menerusi perkongsian rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), bantuan ini diberikan secara tanpa tunai dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya serta kedai runcit terpilih di seluruh negara.
Dalam keadaan kos sara hidup yang masih mencabar, inisiatif di bawah Belanjawan 2026 ini dilihat sebagai bantuan bersasar untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
Berapa Jumlah SARA 2026?
Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima:
Penerima STR Sahaja
- Isi rumah: RM100 sebulan
- Warga emas: RM50 sebulan
- Bujang: RM50 sebulan
Penerima STR & eKasih
- Isi rumah: RM200 sebulan
- Warga emas: RM150 sebulan
- Bujang: RM100 sebulan
Bantuan ini dikreditkan secara automatik ke akaun khas yang dipautkan dengan MyKad penerima. Tiada wang fizikal diberikan, sebaliknya ia digunakan terus untuk pembelian barangan asas.
Apa Itu SARA?
SARA ialah bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai yang disalurkan kepada penerima layak di bawah sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eKasih.
Melalui mekanisme ini, penerima tidak perlu membuat permohonan baharu sekiranya sudah layak dalam pangkalan data sedia ada. Akaun khas akan dibuka secara automatik menggunakan nombor MyKad penerima.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah.
Macam Mana Nak ‘Claim’ SARA?
Ramai yang masih keliru dan tertanya-tanya, “Macam mana nak keluarkan duit?”
Jawapannya, bantuan ini tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai.
Sebaliknya, anda perlu:
- Pergi ke pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian.
- Pilih barangan daripada kategori yang diluluskan.
- Tunjukkan MyKad di kaunter bayaran.
- Juruwang akan mengimbas MyKad dan menolak jumlah pembelian daripada baki SARA anda.
- Jika jumlah pembelian melebihi baki, anda hanya perlu tambah bayaran secara tunai atau kad untuk baki tersebut.


Mudah, ringkas dan terus tolak dari sistem, memang konsep cashless sepenuhnya.
Di Mana Boleh Guna?
Pembelian boleh dibuat di pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara yang berdaftar dalam program ini. Biasanya premis yang terlibat akan memaparkan pelekat atau notis penerimaan SARA.
Sebelum ke kedai, penerima juga disarankan untuk menyemak status dan baki bantuan melalui portal rasmi bagi memudahkan perbelanjaan.
Bagi Murai, walaupun jumlahnya tidak terlalu besar, tetapi untuk ekonomi sekarang, setiap ringgit memang bermakna. Jadi kalau anda layak, jangan biarkan ia tidak digunakan. Semak, guna dengan bijak dan rancang perbelanjaan bulanan sebaik mungkin.

20 hours ago
6



















































![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)